Tuesday, December 11, 2012

ANWAR IBRAHIM PERBODOHKAN RAKYAT PAHANG DENGAN BUAT PELBAGAI JANJI



Dalam usaha memperbodohkan rakyat Pahang, Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mengumumkan janji-janji mega di peringkat pusat dan negeri dengan harapan rakyat akan mengundi mereka.

Tawaran peringkat Pusat ditandatangani Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Persoalan, di manakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Tiga tawaran Pakatan Pembangkang di peringkat Pusat kepada rakyat Pahang.

PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, bekas anggota polis dan tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA: Memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak.

KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut–Benta, Jerantut–Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara dua negeri seperti Kuantan–Jerantut–Kuala Lipis–Gua Musang, Kuantan–Segamat dan Kuala Lipis–Raub–Bentong–Seremban dan Jerantut–Ulu Tembeling–Dungun dengan pelaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi negeri Pahang.

Manakala, tawaran di peringkat negeri pula ditandatangani Pengerusi PKR Pahang, Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah. Sebanyak 6 tawaran negeri telah dikemukakan kepada rakyat Pahang.

PERTAMA: Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun.

KEDUA: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ia tidak diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT: Memudahkan urusan pertukaran status pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan mineral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri yang ditadbir Pakatan Pembangkang.

Pengumuman itu dibuat di hadapan mereka yang hadir semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Dataran Rakyat, Kompleks PAS Pahang, Kerdau.

Pakatan Pembangkang memang bijak membuat janji-janji kepada rakyat. Semua itu gula-gula politik Pakatan Pembangkang. Hakikatnya, mereka tidak mampu melaksanakannya apatahlagi memenuhi janji-janji itu. Contoh terdekat telah dapat disaksikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang mana banyak janji-janji yang belum ditunaikan walaupun tempoh penggal 12 semakin berakhir.

Berbeza dengan BN yang mana janji-janji yang dibentangkan dalam Bajet 2012 telahpun dilaksanakan. 

5 komen:

  1. Tawaran-tawaran tu ada dalam manifesto fuckatan untuk PRU akan datang ke? Saje nak bagitau, manifesto bukan janji. Hanya untuk pancing undi.... lepas dapat negeri, rakyat pi mati...

    ReplyDelete
  2. Huh! janji lagi...tapi tak kan enam aje Nuar? Bagilah banyak sikit...

    ReplyDelete
  3. Aku mintak satu je Anwar janji tak main bontot lagi,tak mahu sokong Yahudi,taubat dan letakan martabat ugama Islam lebih tinggi dari ugama lain,tolak LGBT,tunjuk jam Omega yg di simpan Azizah,minta anaknya Nurul Izah taubat dan menarik balik ucapannya di gewreja yg mahu org Melayu bebas memilih ugama.

    ReplyDelete
  4. semua tu aku tak nak .. aku cuma nak tengok jam Omega ..
    tu perkara paling kecil dan paling mudah yang Anuar boleh buat..
    ka;lau aku minta dia bersumpah , takut pula dia termakan sumpah , maka tak sempat aku nak tengok jam Omega ..

    ReplyDelete
  5. ala omak..xkn 6 je janji PR tuk org pahang...bodoh sgt ke rakyat pahang ni oii..kmi kenal sape penipu,sape peliwat sape alim ulama yg munafik..juak2 PAS yg hadir dhimpunan tu semua nya melopong dgar janji pak shikh..termeterai sudh janji menipu rakyat bersama2 bapak kominis lim kit siangi..dgra citer ketua penerangan PAS Phg tu nk betanding Di Dun semantan.....jgn bgi can kawan2..jgn bagi undi..katakan tidak kpd PAS PIS PUS....PARTI LOW CLASSS.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger