Friday, December 7, 2012

ANWAR IBRAHIM TAWARKAN DR ASRI JADI MENTERI BESAR PERLIS



Dalam satu sumber daripada rakan bloggers dan sekarang ini sibuk diperkatakan bekas Mufti Perlis, Dr Asri telah ditawarkan jawatan Menteri Besar Perlis jika Pakatan Pembangkang menang di Perlis dalam PRU-13 akan datang ini.

Ini susulan pertemuan sulit Dr Asri dengan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim selama 4 jam di Perlis pada bulan Oktober lalu. Sukar untuk menolak tawaran itu yang disifatkan sebagai sejarah dalam hidup Dr Asri. Jika berada dalam UMNO dan BN, sukar untuk mendapat tawaran sedemikian memandangkan beliau bukan ahli parti dan tiada pengalaman dalam mentadbir parti dan organisasi.

Bagaimanapun, empunya diri pada mulanya menafikan semua itu, tetapi menerusi twitternya, semua ini sudah seakan-akan sudah terjawab.


Diberitakan Dr Asri sebelum ini dijangka akan bertanding atas tiket PKR (Parti Kelentong Rakyat) bagi kerusi DUN Penanti di Permatang Pauh atau Parlimen Nibong Tebal. Cerita ini bukanlah kali pertama bahkan telah menjadi buah mulut rakyat Perlis sebaik sahaja hubungan baik Anwar Ibrahim dan Dr Asri.

Setelah desakan pelbagai pihak dan disertakan dengan bukti, Dr Asri kini sudah tidak dapat lagi menyembunyikan diri dan segala perlakuan beliau kini cenderung ke arah menyokong Pakatan Pembangkang yang diterajui Anwar Ibrahim. Antara sebab itu dirinya ditawarkan jawatan Menteri Besar Perlis jika Pakatan Pembangkang menang.

Hanya jawapan ini saja yang dapat diberikannya iaitu, belum tiba masanya untuk diumumkan!

Sekiranya benar tawaran itu menjadi kenyataan bermakna Dr Asri akan bertanding di salah satu DUN di Perlis. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger