Thursday, December 6, 2012

ANWAR IBRAHIM TERDESAK SERANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih terasa sakit hati apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam ucapan penggulangan Perhimpunan Agung UMNO memberikan gelaran si Kitul kepadanya. Hingga kini Anwar Ibrahim tidak dapat menerimanya.

Bagaimanapun, menurut Senator Ezam Mohd Nor yang tahu perilaku bekas bosnya, Anwar Ibrahim itu meminta Ketua Pembangkang itu menghentikan pelbagai tohmahan dan dakwaan negatif terhadap Najib Razak.

Hanya kerana si Kitul, Anwar Ibrahim mengkritik Perhimpunan Agung UMNO yang dikatakan medan untuk setiap ahli dan perwakilan UMNO menghentam PKR, PAS dan DAP. Apakah Anwar Ibrahim tidak ingat bahawa paltform itu juga sewaktu dalam UNMO digunakannya untuk menyerang Pembangkang?

Menurut Ezam lagi, Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum PKR, sepatutnya malu kerana Umno mengamalkan demokrasi lebih baik daripada PKR hanya agih kuasa kepada anak-beranak dan kroni.

Apakah Anwar Ibrahim tidak terfikir bahawa dirinya kerap menggunakan paltform PKR dan Pakatan Pembangang untuk mengkritik kepimpinan Najib Razak dan BN? Apakah tiada perbezaan antara Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan PKR dan Pakatan Pembangkang?

Ramai berpandangan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berakhir pada minggu lepas adalah yang terbaik pernah diadakan. Kali ini tiada lagi pemimpin rakus terhadap kuasa seperti beliau dalam Umno dahulu. Kedudukan UMNO kini lebih baik berbanding zaman beliau bersama parti itu.

Tegas Ezam lagi, dirinya pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim dan pernah mengarahkan secara langsung dan meminta saya mengaturkan agenda beliau.

Sebelum ini, Anwar mendakwa Perhimpunan Agung UMNO sebagai platform pemimpin Umno untuk mengekalkan kedudukan kuasa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bukannya menjaga kebajikan rakyat.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger