Friday, December 21, 2012

ARIFFIN S. M. OMAR PERTAHANKAN RASUAH BERPUNCA MONOPOLI KAUM MELAYU DALAM PERKHIDMATAN AWAM



Portal berita Antarapos.com sebelum ini telah mengeluarkan artikel DAP: Terlalu ramai Melayu dalam sektor awam' yang melaporkan Ariffin S. M. Omar mendakwa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.

Beliau dipetik berkata demikian ketika ditemuramah wartawan portal itu selepas menyampaikan ucapan usul pada Kongres kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ariffin menafikan segala dakwaan tersebut dan mengatakan tuduhan itu bersifat mahu menjatuhkannya menjelang PRU-13 akan datang ini.

"Bagi saya, saya tidak pernah buat kenyataan macam itu. Ini merupakan satu putar belit, mungkin kerana kita menghadapi pilihan raya, banyaklah perkara-perkara macam ini akan timbul.

"Tapi sekurang-kurangnya kita berpegang kepada etika dan prinsip kita dalam cara kita mengendalikan politik kita," tambahnya lagi.


Ariffin yang ditemui di Pulau Pinang sebelum ini mencadangkan rombakan besar-besaran dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan perkhidmatan awam bagi memecahkan dominasi satu kaum yang sering dilibatkan dengan rasuah.

Katanya rasuah mudah dibanteras jika PDRM tidak dimonopoli kaum Melayu.

"Kalau penjawatan awam itu terdiri daripada berbilang kaum maka kita dapat cegah rasuah juga, ini satu cara untuk mencegah rasuah yang terdiri daripada pelbagai kaum, gejala rasuah ini tahu sajalah satu gejala paling dasyat dalam institusi awam.

"Polis perlu keanggotaan kaum lain dalam mencegah rasuah dan sebagainya. Ini kerana kes-kes di negara ini seolah-olah PDRM hanya lebih kepada kes orang Melayu," katanya.

Rakaman suara itu boleh diikuti alamat berikut:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=p1mAYyGXlMU
Justeru menurut Ariffin beliau masih belum membuat keputusan samada mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Saya masih fikir untuk teruskan atau bawa kes ini ke mahkhamah, untuk ganti rugi terhadap tuduhan palsu.

"Saya cukup berhati-hati (dengan kenyataan saya) kerana tahu akan implikasi (nya)," ujarnya.

1 komen:

  1. YANG PELIK MENGAPA TIADA SEORANG PUN YANG KOMEN ISU INI DALAM BLOG INI. BAIKLAH ARIFIN S.M.OMAR (KALAU DILIHAT DARI SEGI PARAS RUPA, MACAM DARAH KACUKAN JE. JANGAN-JANGAN ADA DARAH KETURUNAN ANAK KHIR JOHARI KOT. IBU CAYANUNALIF BAPA MIM LAMALIF YAWAU.)CUBA KITA SINGKAP SEJARAH RASUAH DINEGARA KITA NI. YANG PERKENALKAN KONSEP : HAIYA!!! ANGKATLAH INI SIKIT KOPI WANG... SIAPA? BUKAN BANGSA YG KUAT SOKONG DAP? KONSEP: "HAIYA LU TOLONG GUA, GUA MESTI TOLONG SAMA LU"SIAPA YANG PERKNALKAN? ORANG MELAYU KE? KONSEP: HAIYA GUA KASI KAUTIM SAMA DIA MA...AMALAN SIAPA? YANG KUAT BAGI RASUAH SIAPA? ORANG MELAYU KE? ORANG MELAYU MANA ADA DUIT. JADI KEPADA ARIFFIN SM OMAR, SEDARLAH DIRI CEPAT SEBLUM TERLAMBAT.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger