Sunday, December 16, 2012

ARIP AMERAN HASUT PENDUDUK KAMPUNG SINDANG BARU SAMARAHAN



Walaupun kehadiran penduduk Kampung Sindang Baru tidak menepati ramalan, namun ceramah Merdeka Rakyat anjuran AMK Sarawak yang diadakan pada Khamis lepas tetap juga diadakan tanpa sebarang permasalahan mahupun provokasi daripada ahli-ahli BN. Begitupun, mahu tidak mahu bakal calon Parlimen P.197 Kota Samarahan, Arip Ameran terpaksa menyampaikan ceramah di hadapan 40 orang penduduk dalam keadaan yang tidak bersemangat.

Selepas jemputan ceramahnya di Pustaka Negeri Sarawak dibatalkan, Arip Ameran menggunakan platform ceramah Merdeka Rakyat itu untuk menghentam penganjur dan Kerajaan Negeri Sarawak. Semuanya disebabkan perasaan tidak puas hati Arip Ameran atas pembatalan ceramah berkenaan yang disifatkannya sebagai peluang untuk menghasut dan memfitnah peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan wanita dan staf kerajaan.

Difahamkan juga staf dalaman Pustaka Negeri Sarawak yang bernama Razak Rambali yang bertanggungjawab menjemput Arip Ameran untuk berceramah di premis kerajaan itu sehingga kini berasa tidak puas hati. Malah, beliau secara terang mengakui penyokong kuat kepada PKR dan Pakatan Pembagkang di Sarawak. Yang peliknya, dalam masa yang sama beliau masih bekerja dengan Kerajaan Negeri Sarawak? Seharusnya, jika tidak bersetuju dengan Kerajaan Negeri Sarawak yang selama ini memberikan gaji kepadanya, secara profesional letak jawatan dan bekerja kepada PKR mahupun Pakatan Pembangkang.

Arip Ameran dalam Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Sindag Baru itu dengan bangga mengambil contoh Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sebagai pemerintah Islam yang baik. Sebagai peguam syarie, Arip Ameran mengatakan semenjak pemerintahan Pakatan Pembangkang di negeri terbabit, jumlah umat Islam di negeri-negeri terbabit meningkat. Apakah ini disebabkan usaha Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Pembangkang?

Agaknya ramai penduduk Samarahan yang tidak mengetahui bahawa semenjak Kerajaan Negeri Selangor dipimpin Pakatan Pembangkang, pertambahan rumah urut, memurtadkan umat Islam dan gejala sosial di Selangor semakin meningkat. Manakala, di Pulau Pinang gejala memurtadkan umat Islam dan penghalauan orang Melayu kian terasa penduduknya akibat kekejaman Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng dan DAP.

Bagi Kedah, rakyatnya kini sudah muak dan bosan dengan pemerintahan PAS yang secara terang melakukan rasuah dan kronisme sehingga mengakibatkan negeri itu kerap dilanda banjir kilat akibat pembalakan yang tidak terancang. Begitupun, PAS masih menunding jari kepada pemerintah BN yang mentadbir Kedah sebelum ini.

Ternyata ceramah Arip Ameran pada malam itu tidak sedikitpun dapat disokong oleh fakta apatah lagi dengan bukti. Semuanya berdasarkan persepsi Arip Ameran dengan niat mahu memfitnah Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sudah menjadi kelaziman Arip Ameran yang menggunakan kerjayanya sebagai peguam syarie untuk membohongi rakyat.

2 komen:

  1. Terbaeeeekk Bro WK..penulisan yg nyata dari fakta diselidiki dan realiti yg dikaji...mantap..kekeke!

    ReplyDelete
  2. Difahamkan juga staf dalaman Pustaka Negeri Sarawak yang bernama Razak Rambali yang bertanggungjawab menjemput Arip Ameran untuk berceramah di premis kerajaan itu sehingga kini berasa tidak puas hati. Malah, beliau secara terang mengakui penyokong kuat kepada PKR dan Pakatan Pembagkang di Sarawak. Yang peliknya, dalam masa yang sama beliau masih bekerja dengan Kerajaan Negeri Sarawak? Seharusnya, jika tidak bersetuju dengan Kerajaan Negeri Sarawak yang selama ini memberikan gaji kepadanya, secara profesional letak jawatan dan bekerja kepada PKR mahupun Pakatan Pembangkang

    rasa2nya apa yang sik matang dalam tulisan di atas. jujur.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger