Sunday, December 16, 2012

BAHAGIAN SATU DEMI RAKYAT: ARIP AMERAN CALON PKR PARLIMEN SAMARAHAN CUBA PERBODOHKAN PENDUDUK SATOK



Dalam tempoh 3 hari, Bendahari AMK Sarawak yang juga bakal calon PKR di Parlimen Samarahan telah menyampaikan fitnah di tiga buah tempat termasuk terbaru malam tadi di Jalan Patingan. Sebelum ini Arip Ameran menyampaikan ceramah di Kampung Sindang Baru dalam Parlimen Samarahan dan Demak Laut Cemmercial Center dalam Parlimen Santubong bersama Che’gu Bard. Hebat sungguh Arip Ameran ini berceramah dalam masa 3 hari berturut-turut bersama dengan Nazib Ahmad. Anwar Ibrahim pun tidak berceramah sedemikian rupa.

Di Kampung Sindang Baru hanya 40 orang hadirin yang datang, iaitu kerusi lebih banyak daripada orang. Manakala, di Demak Laut hanya dihadiri lebih kurang 28 orang termasuk rakan dan penyokong setia PKR. Dan, malam tadi di Jalan Patingan, dianggarkan seramai 250 orang yang hadir iaitu lebih sedikit berbanding di kedua-dua tempat sebelum ini. Namun, ini bukan faktor Arip Ameran sebaliknya orang mahu melihat ceramah Rafizi Ramli yang terkenal dengan gelaran Rafizi Lembu.

Meninjau ucapan ceramah Arip Ameran yang bekerjaya sebagai peguam syarie yang mengadili wanita-wanita yang diceraikan suami dan dihadapkan ke Mahkmah Syariah, lagaknya banyak fitnah dan persepsi yang menghasut penduduk Satok yang hadir pada malam tadi. Intipati ceramah tersebut sama seperti yang beliau fitnahkan dengan penduduk di Kampung Sindang Baru dan di Demak Laut sebelum ini.

Intipati utama yang menjadi kegemaran wajib Arip Ameran ialah rasuah. Dikatanya rasuah berleluasa di Sarawak hingga menyebabkan penduduknya miskin dan negara berhutang sebanyak RM500 bilion. Apakah Arip Ameran kenal atau tidak mengenai maksud rasuah? Melihat kepada ceramahnya malam tadi ternyata beliau hanya cakap main lepas mulut saja memandangkan hadirin yang hadir terdiri daripada golongan tua atau veteran sahaja. Tiada fakta atau lebih tepat lagi main hentam keromo.

Apakah Pakatan Pembangkang tidak mengamalkan rasuah? Lihat saja pentadbiran Lim Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang yang penuh dengan rasuah khususnya dalam penjualan tanah di kebanyakan tempat yang melibatkan orang Melayu. Tidak cukup dengan itu wang yag sepatutnya dibelanjakan untuk kegunaan orang Islam di Pulau Pinang tidak dibelanjakan hingga menyebabkan aktiviti keagamaan orang Islam tidak dapat dilaksanakan. Ditambah juga wang perolehan hasil daripada perjudian.

Di Selangor pula penamatan kontraktor pemungutan sampah yang dikatakan kroni BN telah membolehkan Kerajaan membuka tender lain. Akibatnya, ramai kontraktor asal yang terpaksa menanggung pengangguran dan lebih malang lagi kontraktor yang dilantik itu kebanyakannya mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin Pakatan Pembangkang. Tidak cukup dengan itu pengambilan sampah yang berjadual tidak dapat dilaksanakan akibat karenah kontraktor hingga menyebabkan sampah-sampah di Selangor tidak dapat dikutip dan mengalami bau busuk yang sangat teruk di Selangor. Lebih mendukacitakan pemasangan lori sampah yang diimport terus dari China itu dikatakan dimiliki anak kepada Anwar Ibrahim. Inikah yang dikatakan bukan rasuah!

Sungguh lucu melihat Arip Ameran berucap di hadapan khalayak ramai dengan intonasi seperti orang gagap yang tidak tahu apa yang patut dibacanya. Lebih mendukacitakan lagi, beliau seakan-akan tidak mengetahui apa yang diucapnya sehingga tidak konsisten untuk menyatakan sesuatu terutama menyebut angka. Macam mana orang sebegini boleh menjadi peguam syarie??? 

2 komen:

  1. Bukan 500juta, dia nytakan 500billion atau stgh trillion! Dan lagi tempoh yg perlu utk jelaskan mengambil masa 500 thn! Hehe BODOH! Ygdtg cuma nak nengok NGOK berucap! Di Penang dia bagi tau kerjaan DAP budgetkan 300% utk islam! %yg dari jumlah keseluruhan berapa tak di bagi tau! Bnyklah tapi macam budak berpidato hal sejarah dan sains fiksyen. Tiada fakta dan data. Low quality candidate!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tanpa Nama atas pembetulan RM500 juta kepada RM500 bilion... waktu tu dia sebut pun macam dibuat-buat sahaja..

      Delete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger