Wednesday, December 26, 2012

BENARKAH PEMBERIAN TANAH BALAK DI KELANTAN TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN?



Isu pemberian tanah seluas 4,259 hektar di Gua Musang yang dirahsiakan sebelum ini sebenarnya ‘rahsia’ sehinggalah blogger Pisau.net mendedahkan rahsia tersebut untuk makluman orang ramai termasuk rakyat Kelantan dan penyokong PAS dan DAP. Tidak terkecuali pemimpin PKR sendiri yang bersubahat dengan mereka ini.

Menurut Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu pemberian tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Apakah kenyataan dan makluman ini benar? Apa pula kata Datuk Dr Awang Adek Hussin dan menteri bertanggungjawab di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia. Difahamkan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

Tidak cukup dengan satu surat, satu lagi surat telah diutuskan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bertarikh 16 Januari 2006, yang turut menyokong permohonan syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan.

Terdahulu, laporan akhbar memetik Presiden (Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi) Ombak, Wan Khairul Wan Muhammad berkata, Nik Aziz tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Wan Khairul berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am PAS itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit.

Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.

2 komen:

  1. NIK AJIS TAKDE TELOR
    TAK PAYAH LA NAK SURUH ORG TUA NI BUAT PRESS CONFRENT
    NANTI MASUK WAD ICU PLAK KALAU BRO PRESURE DIA

    KESIAN KAT NIK AJIS NI
    NAK BAGI TANAH KAT ORG MELAYU PUNYA LAH SUSAH
    KAPIR LAHANAT JUGA YG DIA BAGI

    TAKEBEER......
    KIH3..........

    ReplyDelete
  2. orang pas kata melayu bunuh melayu,

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger