Saturday, December 22, 2012

BLOGGERS ANAK SARAWAK DUDUKI 5 TANGGA TERATAS BLOG POLITIK SARAWAK



Terima kasih buat pembaca sama ada yang menyokong BN mahupun Pakatan Pembangkang yang selama ini mengikuti perkembangan politik Sarawak dan Semenanjung Malaysia serta Sabah menerusi blog Wira Kenyalang dan rakan-rakan bloggers dari Sarawak. Penubuhan ‘team’ Bloggers Anak Sarawak™ © yang diwujudkan bagi menyelaras aktiviti bloggers yang terdiri daripada anak-anak Sarawak yang menyokong aspirasi Kerajaan tanpa sebarang prejudis dan keraguan yang munasabah telah berjaya membuahkan hasil biarpun belum sampai 3 bulan.

Team Bloggers Anak Sarawak™© ini disertai Melanau Blogger™, Wira Kenyalang™, UnReportedNews™©, Kuchingitam, Sarawak Kolok Mee™ dan Keadilan X Sarawak™. Kesemua mereka ini mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tiada bandingannya. Ini menjadikan team Bloggers Anak Sarawak™© sangat berbeza jika dibandingkan dengan Unit Media Baru (UMB) di Sarawak.

Dalam rating terbaru blogger yang dikeluarkan pengumpul blog yang dikemaskini 22.12.2012, team Bloggers Anak Sarawak™ © berjaya menduduki tempat yang sangat membanggakan.


Melanau Blogger di kedudukan 1, Wira Kenyalang di kedudukan 3, UnReportedNews di tangga ke 5, manakala Kuchingitam dikedudukan ke 8. Sarawak Kolok Mee yang menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin sebagai bahasa pengantar menduduki tangga ke 20 dan rakan paling bongsu dalam Bloggers Anak Sarawak™ © Keadilan X Sarawak berjaya menempatkan diri di tangga ke 28 daripada 30 blog yang telah dikenalpasti oleh blogger http://pengumpulblog.blogspot.com.

Bloggers Anak Sarawak™ © ini diwujudkan bagi menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan yang selama ini beraspirasi dalam menjaga kebajikan masyarakat, menghulurkan pembangunan yang diperlukan dan menjadikan Malaysia mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Semua ini bersesuaian dengan matlamat dan hasrat Kerajaan menerusi pendekatan transformasi dan 1Malaysia.

Kepada semua pembaca blog team Bloggers Anak Sarawak™© mengharapkan agar fakta dan realiti artikel yang dipaparkan Bloggers Anak Sarawak™© akan dapat menyalurkan info yang sememangnya eksklusif. Untuk PRU-13 akan datang ini, team Bloggers Anak Sarawak™© akan menyalurkan maklumat terus untuk pembaca mengetahui aktiviti mahupun politik semasa di Sarawak dan peringkat Nasional.

Kepada rakan-rakan bloggers di Semenanjung Malaysia yang prokerajaan, kami Bloggers Anak Sarawak™© sentiasa bersama anda demi memastikan PRU-13 akan datang milik BN dalam menjayakan transformasikan seperti yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai rakyat Malaysia yang selama ini berterima kasih di atas komitmen Kerajaan dalam membangunkan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya, hanya dengan cara ini (berblog) akan dapat menjadikan BN sentiasa mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.

1Malaysia Tolak Fitnah

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger