Wednesday, December 12, 2012

BOTAK KEPALA KERANA KECELUPARAN MULUT ADUN DAP



Akibat rasa tidak puas hati dengan keceluparan mulut ADUN DAP Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang melemparkan fitnah terhadapnya melalui media pada akhir November lalu, seorang AJK Biro Aduan MCA Serdang, Wong Jung Lik mencukur rambutnya sehingga botak.

Wong turut mendakwa telah dikasari dua lelaki ketika proses cabutan undi penjaja pasar malam di Dewan Serbaguna Seri Serdang, 29 November lalu itu mendesak Exco Selangor terbabit membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

Dakwa Jung Lik, wakil rakyat DAP itu telah mengeluarkan kenyataan memburuk-burukkan namanya dan menuduh beliau sengaja membuat kacau ketika proses cabutan undi. Menurut Jung lagi, beliau ke dewan berkenaan hanya untuk meninjau keadaan selepas menerima banyak aduan daripada penjaja pasar malam berhubung proses pemindahan yang dilaksanakan.

Aduan daripada penjaja mendapati ramai sebahagian penjaja mendakwa tidak menerima surat tawaran gerai, cabutan undi tidak adil dan sebagainya. Atas komitmen mahu membantu rakyat, Jung bagaimanapun telah dimarahi Ean Yong Hian Wah yang turut menghalaunya keluar dari dewan.


Tidak cukup dengan itu, dua lelaki terus mencekik leher dan menolak saya dengan kasar. Mereka juga mengarahkan anggota penguat kuasa MPSJ menghalau saya. Untuk menjaga keselamatannya, satu laporan polis telah dibuat dan meminta Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi menyiasat hal ini.

Inilah perangai ADUN DAP yang bukan sahaja kasar bahkan juga ganas. Dalam erti kata lain, DAP merajai politik samseng.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger