Thursday, December 6, 2012

CACI MENCACI AMALAN POLITIK PEMBANGKANG



Muktamar PAS digemparkan dengan doa menghancurkan pemimpin UMNO manakala Perhimpunan Agung UMNO menyaksikan si Kitul terasa makan hati. Semua ini berlaku dalam bulan November 2012.

Amalan caci mencaci ini sangat sinonim dengan politik Pembangkang kerana fokus mereka bukan kepada keseluruhan UMNO mahupun BN, tetapi hanya sebilangan pemimpin.

Lihat saja di pentas ceramah politik Pembangkang, pemimpin mereka secara terang menyebut nama dan fitnah yang didakwa mereka untuk membuatkan rakyat mempercayainya. Tidak cukup dengan itu, mereka menggunakan strategi berbentuk slide show untuk ditunjukkan kepada rakyat walhal apa yang ditunjukkan mereka itu hanyalah persepsi yang sengaja diada-adakan.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), setiap parti perlu mencadangkan usul bagi membatu rakyat sekiranya mereka diberi mandat untuk mentabdir.

Menurutnya, parti politik termasuk pembangkang harus faham bahawa dasar yang ingin diketengahkan perlu lebih baik, bukan caci atau kutuk kerajaan.

“Jika ia tidak dilakukan, maka tujuan asal telah terbabas sebelum pilihan raya berlaku.

“Kerajaan atau pembangkang perlu menguar-uarkan kepada rakyat supaya mereka tidak tertanya-tanya mengenai perubahan yang bakal berlaku selepas berjaya dalam PRU 13.

Janji Ditepati yang digunakan Kerajaan BN pada hari ini membuktikan komitmen mereka untuk menjaga kebajikan rakyat, menyediakan keamanan sejagat dan membangunkan negara.

Menurutnya, perhimpunan tersebut juga merupakan peluang terbaik kerajaan untuk menggariskan dasar dan usul mereka selepas menang pilihan raya.

Lihat saja bagaimana Pakatan Pembangkang Selangor yang kini terdesak dengan bantahan rakyat akibat tidak melaksanakan manifesti PRU 2008. Akibatnya seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor kini menuntut bantuan yang dijanjikan kepada mereka dalam PRU 2008 seperti yang termaktub dalam manifesto atau janji-janji PRU 2008.

“Mereka perlu manifesto yang boleh memberi impak kepada rakyat seperti menurunkan cukai jalan atau cukai import sebagai dasar parti itu.

“Sekiranya pembangkang atau kerajaan memerintah, mereka perlu menunaikan janji ketika perhimpunan diadakan, barulah rakyat tahu perkara yang dijanjikan. Jangan hanya tahu berjanji tetapi tak ditunaikan.

Janji Ditepati oleh BN, Janji Tidak Ditepati oleh Pembangkang

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger