Monday, December 24, 2012

DAP DALANGI PENJAJA PASAR MINGGU SATOK ENGGAN BERPINDAH



DAP Sarawak mengambil kesempatan di atas ‘perpindahan’ penjaja Pasar Minggu Satok ke kawasan Medan Niaga Satok di Kubah Ria dengan mendalangi keengganan mereka untuk berpindah. Ini disebabkan kebanyakan penjaja yang berniaga di kawasan Pasar Minggu Satok terdiri daripada penjaja Cina. Manakala, bagi penjaja Iban dan Bumiputera, mereka tiada masalah dan akan berpindah ke kawasan baru yang disediakan kerajaan yang lebih selesa dan bersih.

Ahli Parlimen Bandar Kuching yang juga Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menjelaskan seramai 300 penjaja di Pasar Minggu Satok telah menandatangani petisyen membantah pemindahan mereka ke Medan Niaga Satok di Kubah Ria.

Alasan yang diberikan Chong ialah semua penjaja masih kurang pasti mengenai lokasi baharu sebenar untuk mereka berniaga. Ini sangat tidak masuk akal kerana beberapa taklimat diadakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersama dengan penjaja berkenaan sebelum ini. Adalah mustahil penjaja masih tidak tahu tempat di manakah mereka akan berniaga?

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam notisnya yang dikeluarkan pada 21 Disember lepas memaklumkan hari Ahad, 30 Disember ini merupakan hari terakhir bagi mereka berniaga di Jalan Satok. Selepas tarikh itu mereka akan berniaga di kawasan yang baru di Medan Niaga Satok.

Dalam memastikan kebajikan penjaja ini dipelihara, Chong Chieng Jen dan DAP Sarawak akan mengemukakan petisyen dan diserahkan kepada Datuk Bandar DBKU, hari ini 24 Disember 2012.

Chong mahu kerajaan menghormati permintaan daripada sesetengah penjaja yang ingin kekal berniaga di Jalan Satok. Dalam pada itu, DAP juga harus menghormati Kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik dan tidak meracuni pemikiran penjaja. Adalah menjadi tanggungajawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada rakyatnya dan bukannya meracuni pemikiran supaya enggan berpindah.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger