Sunday, December 9, 2012

DAP SARAWAK PERALATKAN PENIAGA MELAYU PASAR TAMU SATOK



Hanya tinggal beberapa hari saja lagi peniaga Pasar Tamu Satok akan berpindah ke kawasan tapak perniagaan baru yang dikenali sebagai Medan Niaga Satok bersebelahan Kubah Ria. Perpindahan itu dijangka diadakan pada awal Januari 2013 dan kerja-kerja akhir sebelum berpindah sedang giat dijalankan termasuk pembesaran jalan raya.

Medan Niaga Satok ini menyediakan ruang niaga yang besar dan pelbagai kemudahan disediakan termasuk bersih daripada sebarang kekotoran. Ini pastinya menjadi satu lagi daya tarikan pengunjung sekiranya datang ke Kuching.

Begitupun, isu perpindahan peniaga Pasar Tamu Satok ini khususnya peniaga ikan terubok masin telah dipolitikan DAP. Demi mengkuhkan kekuasaannya, Setiausaha DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen telah menyediakan surat bantahan peniaga Pasar Tamu Satok untuk diserahkan kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Alasan yang diberikan peniaga-peniaga ini ialah lokasi baru itu tidak strategik dan tidak popular di Kuching. Hakikatnya, Media Niaga Satok itu hanya 5 kilometer daripada Pasar Tamu Satok yang mereka duduki sekarang. Malah, lebih startegik Medan Niaga Satok itu terletak di tepi Sungai Sarawak dan mempunyai ruang tempat letak kereta yang banyak.


Akibat daripada racun yang ditabur DAP Sarawak, sekumpulan peniaga Pasar tamu Satok telah mengadakan demontrasi secara aman di Pasar Tamu Satok sambil membawa kain rentang yang tertera “Kami nak kekal berniaga di Sunday Market Jalan Satok. Kami tak nak nak berpindah ke tempat lain”.

Tidak semua peniaga di situ (Pasar Tamu Satok) yang tidak mahu berpindah. Ramai peniaga berpendapat kawasan baru (Media Niaga Satok) itu menyediakan yang terbaik kepada peniaga dan selesa berbanding sekarang sempit dan kotor. Usaha kerajaan ini wajar diambil kesempatan memandangkan kawasan yang ada sekarang sudah tidak mampu menampung kebanjiran pengunjung.

2 komen:

  1. Senang aje. Siapa nak pindah suroh nya pindah. Beri insentif. Buat program tarikan untuk menarik pengunjung datang ke lokasi baru. Lihat gerai-gerai jual apa yang tinggal di Satok. Kalau gerai yang serupa tak ada di tempat baru, pelawa or even create penjual serupa untuk mengisi ruang di lokasi baru. Mantapkan lagi program-program tarikan. Kelak kojol sidak yang nak tinggal di Satok tempat lama. But to be fare give them time to decide to pindah. After certain date - "NO MORE VACANCY". Bye! Bye! Habisss

    ReplyDelete
  2. betul... kerajaan sentiasa menyediakan yang terbaik untuk kebajikan rakyat yang menjalankan aktiviti perniagaan, lebih-lebih lagi ia melibatkan sumber pendapatan harian. perpindahan ke tapak baru merupakan titik mula untuk memajukan kawasan serta taraf pendapatan peniaga. Selain itu, ia pasti mempunyai tujuan yang tertentu dan bukan dipindahkan ke tempat baru dengan sesuka hati..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger