Wednesday, December 12, 2012

FELDA SAMAN ANAK ATAS TUDUHAN FITNAH MELAMPAU



Sebelum ini Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menerusi Pengerusinya, Mazlan Aliman bersama dengan akhbar Harakah dan Suara Keadilan lantang menimbul dan menyebarkan fitnah bahawa Felda menjual minyak sawit kepada Israel.

Tujuan ANAK, Harakah dan Suara Keadilan berbuat demikian adalah untuk menimbulkan persepsi bahawa Felda menyokong kekejaman Israel. Ini secara langsung mengheret Kerajaan dan BN yang menjadi tunjang kekuatan Felda. Akhirnya, rakyat akan memandang serong kepada Felda yang ketika ini hangat mengenai kekejaman tentera Zionis Israel membunuh rakyat Palestin di Gaza.

Bagi menyatakan kebenarannya, Felda telah menghantar notis tuntutan kepada Presiden ANAK, Mazlan Aliman, Harakah dan Suara Keadilan. Jelas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, tuduhan itu suatu fitnah yang bermotifkan politik dan Felda terpaksa membuat tindakan sebegini bagi membuktikan tuduhan itu berniat jahat dan wajar dibawa ke muka pengadilan.

Secara tidak langsung juga menjejas nama Felda sebagai organisasi yang menguruskan hal ehwal berkaitan eksport minyak kelapa sawit.  Di sebalik itu, peneroka Felda turut sama terkena tempias akibat perilaku ANAK dan akhbar milik Pakatan Pembangkang.

Kita tunggu jawapan dan tindak balas Mazlan, Harakah dan Suara Keadilan dalam isu saman ini. Felda menerusi peguamnya telah menyerahkan notis saman kepada mereka. Difahamkan, kenyataan fitnah Mazlan itu turut disiarkan di dalam laman Facebooknya dan ini menjadi bukti kukuh akan tuduhan fitnah yang tidak berasas.

Jangan ingat Felda akan berdiam diri dalam perkara ini dan ANAK serta Pakatan Pembangkang boleh menuduh sesuka hati dan menimbulkan fitnah yang bukan-bukan. Juga, jangan ingat Pakatan Pembangkang mempunyai ramai peguam termasuk Karpal Singh boleh membuatkan Felda takut untuk berhadapan dengan kebenaran?

Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember. Jelas Isa, Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda.

Untuk lebih adil, Felda memberi tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka.

Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger