Wednesday, December 26, 2012

HANYA CADANGAN BUKAN KEPUTUSAN BUATKAN PKR MELENTING



Sebagai mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan India, kerajaan ‘bercadang’ mahu mengambil guru-guru daripada India bagi mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia. Ini hanya cadangan dan bukannya keputusan. Atas sebab itu, PKR sudah melenting dan menjadikan pengambilan guru daripada India ini akan mendrikiminasikan guru-guru tempatan yang lulusan IPTS.

Dengan lantas, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa ramai graduan ISMP khususnya dari Institut Pengajian Tinggi Swasta  (IPTS) tidak mendapat tempat di Sekolah Kebangsaan meskipun mempunyai keputusan yang baik.

Menurut Nik Nazmi, kerajaan tidak memberikan alasan kukuh tindakan sedemikian.Lebih membimbangkan, ramai graduan ISMP daripada IPTS paling ramai menganggur kerana terpaksa bersaing dengan graduan Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disokong kerajaan.

Harus diingat ini hanya cadangan dan pihak-pihak diajak untuk berbincang dan mengadakan rundingan bagi mencapai keputusan. Perdana Menteri tidak akan membuat keputusan sendiri dan pastinya mempunyai perancangan lain dalam cadangan mengambil guru daripada India.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger