Saturday, December 29, 2012

HIMPUNAN SHAMSIDAR 12 JANUARI 2013 – PAKATAN PEMBANGKANG



Susulan daripada kejayaan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengekalkan beberapa individu termasuk isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin untuk menjadi saksi saman Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan baiknya dan Utusan Malaysia. Perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan aktiviti biseksual akan diadakan pada Januari 2013.

Sebagai suatu rancangan Pakatan Pembangkang sumber yang boleh dipercayai memberitahu suatu Himpunan Shamsidar akan diadakan pada tarikh tersebut bagi memastikan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.

Disebalik tujuan himpunan itu, tentu sekali Pakatan Pembangkang mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Persoalan di sini, kenapa Pakatan Pembangkang tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

Ramai di kalangan rakyat Malaysia mahu Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan dan mendengar pendedahan yang bakal berlaku seperti mana yang didakwa Nallakaruppan.

Sebelum itu, Anwar Ibrahim  memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya.

1 komen:

  1. Orang PKR dan Pakatan Haram ni suka buat kerja yang pelik-pelik... Waras lagi kah mereka-mereka ni...??? Himpunan Shamsidar...???

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger