Thursday, December 6, 2012

INDEKS PERSEPSI RASUAH MALAYSIA MENINGKAT SANGKAL DAKWAAN PEMBANGKANG



Kerajaan komited dalam memerangi rasuah di segenap pelusuk peringkat termasuk penjawat awam. Malah, memerangi rasuah merupakan sebahagian daripada agenda penting dalam NKRA dan GTP yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menurut Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia (Ti-M), Datuk Paul Low, usaha yang ditunjukkan kerajaan Malaysia dalam memerangi rasuah amat dialu-alukan sejajar dengan hasrat Ti-M untuk membasmi gejala keji itu di seluruh dunia. Hasilnya, Malaysia telah mencatatkan kedudukan yang baik dalam CPI pada tahun 2012, iaitu meningkat ke tangga 54 berbanding tangga ke-60 pada tahun lepas.

Di rantau Asia Tenggara, Malaysia di kedudukan ke-3 di belakang Singapura dan Brunei.

Semua usaha dan langkah yang diambil kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelasanaan (Pemandu) telah membuahkan hasil dan berharap Malaysia berupaya memecah rekod tersebut.

Malaysia memperoleh 49 dari 100 mata pada survei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara. Manakala, Singapura mendapat 87 mata dan Brunei pula memperoleh 55 mata. Negara-negara lain di Asia Tenggara ialah Thailand (37 mata), Filipina (34), Indonesia (32), Vietnam (31), Kembodia (22), Laos (21) dan Myanmar (15).

Tiga tempat teratas ialah Denmark, Finland dan New Zealand masing-masing memperoleh 90 mata diikuti Sweden (88), Singapura (87), Switzerland (86), Australia dan Norway masing-masing mendapat 85 mata diikuti Kanada dan Belanda dengan masing-masing mengumpul 84 mata.

Paul Low memuji komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah di mana Malaysia merupakan satu-satu negara di dunia yang berani memasukkan CPI sebagai sebahagian Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi memerangi rasuah.

Bagi menjadikan Malaysia terus berada di kalangan negara terbaik dalam memerangi rasuh, Pengarah NKRA dan NKEA Pemandu, D. Ravindran berkata, mereka akan menggandakan usaha memerangi rasuah termasuk memperkenalkan kursus untuk pembuat undang-undang yang akan  dilakukan SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Pemandu turut gembira untuk bekerjsama dengan Ti-M dan Institut Integriti Malaysia dan SPRM dalam menangani isu rasuah secara lebih serius. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger