Tuesday, December 4, 2012

KARPAL SINGH AKUI BN SEMAKIN KUAT DAN TAKUT KEHILANGAN PULAU PINANG



Jika sebelum ini DAP angkuh mengatakan mereka akan dapat mempertahankan Pulau Pinang dan bercadang pula mahu menakluk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, tetapi selepas Perhimpunan Agong UMNO 2012, Pengerusi DAP, Karpal Singh kini berasa sangat sangsi dan was-was untuk mempertahan dan menakluk negeri baru.

Semua ini atas keyakinan ahli dan pemimpin UMNO seperti mana yang telah ditunjukkan selepas Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Ditambah pula dengan sokongan yang semakin meningkat kepada BN sejak pengambilalihan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Dalam Konvensyen DAP, Karpal Singh meragui kewibawaan DAP untuk mengekalkan jaminan 19 kerusi DUN di Pulau Pinang. Demikian juga dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang, PKR dan PAS yang kini dibelenggu masalah dalaman.

Karpal Singh yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menegaskan mereka bersedia menghadapi pilihan raya dan bersedia juga untuk menghadapi kekalahan di Pulau Pinang dan di Malaysia.

Apakah PKR dan PAS juga bersedia untuk menghadapi kekalahan dalam PRU-13 seperti mana yang dikatakan Karpal Singh?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger