Monday, December 3, 2012

KENAPA BAHAYA UNDI PAKATAN PEMBANGKANG?


Mengundi pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS pada PRU-13 akan datang boleh diibaratkan sebagai membawa kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan terhadap kaum lain. Inilah yang boleh disimpulkan sebagai percaturan dalam PRU-13 yang dijadualkan tahun depan.

Dalam memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan aman seperti mana yang dikecapi sekarang, rakyat Malaysia harus menggunakan kesempatan PRU-13 untuk terus mengundi BN. Malah, rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tidak sabar menunggu PRU-13 bagi mengubah pentadbiran di negeri mereka yang selama ini ‘terseksa’ akibat kesilapan mereka pada PRU 2008.

Sebelum ini ramai rakyat Malaysia tidak tahu mengenai nasib dan akibat mengundi Pakatan Pembangkang sehingga apa yang dihadapi mereka sekarang. Kini mereka telah mengalaminya dan tidak mahu negeri-negeri lain di Malaysia terlibat sama dalam percaturan politik Pakatan Pembangkang yang sempit dan menyeksakan.

“Yakin dan percaya satu undi untuk PKR bermakna undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan untuk umat. Undi PAS pula bermakna satu undi untuk perpecahan dan undi DAP bermakna penindasan terhadap bangsa tercinta.

Manakala, bagi satu undi kepada BN adalah satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat serta pembelaan bangsa Malaysia.

“Adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya? Adakah kita mahu ana-anak kita gelap masa depannya? Adakah mahu negara ini porak peranda macam pernah dilakukan Pakatan Pembangkang semasa BERSIH? Atau, adakah kita sanggup perjudikan masa depan negara kita?

Jika jawapan bagi keseluruhan TIDAK, katakan TIDAK kepada PKR, katakan TIDAK kepada DAP dan katakan TIDAK kepada PAS.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger