Thursday, December 20, 2012

KISAH DISEBALIK AMANAT HAJI HADI YANG MENGORBANKAN AKIDAH ISLAM



Semakin ramai ahli PAS telah insaf dan semakin ramai ahli PAS masih belum insaf akibat Amanat Haji Hadi yang kini meracuni pemikiran ahli-ahli PAS. Akibatnya, ramai ahli PAS yang telah melakukan perbuatan yang menyalahi hukum Islam akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi itu.

Saidi Hussin, bekas penggerak Jawatankuasa Keselamatan PAS Kelantan mendedahkan, Amanat Haji Hadi telah menyebabkan ramai umat Islam dalam kalangan penyokong parti itu di jajahan ini memulaukan imam masjid yang dilabelkan sebagai pro-UMNO.

Sehingga ke hari ini, ajaran itu masih dipegang dan fahaman bahawa mereka yang menyokong UMNO tidak boleh dijadikan imam dan daging sembelihan mereka dianggap 'bangkai' yang haram untuk dimakan.

Lebih mengejutkan ramai pihak terutama mereka yang tinggal di luar Kelantan, ramai penyokong PAS mendirikan solat Jumaat di luar mukim hanya kerana imam di mukim mereka tidak sealiran fahaman dan anutan politik.

Tidak cukup dengan itu, tindakan seorang imam PAS di kariahnya menolak untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Dalam pada itu, pengalaman Shahidi Said, 41, menerusi pengalaman bapanya memberitahu telah memanggil seorang 'tok guru' yang kuat menyokong PAS untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an.

Bagaimanapun, imam PAS itu tidak datang tanpa alasan. Inikah caranya pembentukan Islam anjuran PAS?

"Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli Pas ketika itu ke rumah imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah berkenaan.

"Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis. Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger