Monday, December 24, 2012

LIM GUAN ENG CUBA CETUSKAN ‘PERANG’ AGAMA



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi mencetuskan kontroversi bersempena sambutan Krismas yang disambut masyarakat beragama Kristian dengan menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Ini pastinya akan membangkar kemarahan masyarakat Islam di negara ini khususnya di Semenanjung Malaysia yang menyifatkan cadangan dan gesaan Lim Guan Eng ini akan membuatkan masyarakat Islam keliru.

Hakikat yang harus dihadapi Lim Guan Eng ialah perkataan ‘ALLAH’ adalah eksklusif kepada umat Islam. Manakala, agama lain berhak menggunakan nama lain selain Allah.

Sebelum ini, Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘ALLAH’ adalah salah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak langsung memberikan pengajaran kepada Lim Guan Eng dan DAP sebaliknya berkeras demi mendapatkan sokongan politik menjelang PRU-13. DAP dan Pakatan Pembangkang bukan sahaja sanggup mempermainkan agama bahkan undang-undang negara.


Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Apa pula kata PAS dan penyokongnya terhadap gesaan terbaru Lim Guan Eng mengenai penggunaan perkataan Allah dalam Bible? Sama-sama kita tunggu.

1 komen:

  1. kafir harbi laknat ni memang sial..serupa bapak dia pencetus apa yg pernah berlaku di tanah melayu.ada kah kerana si kafir harbi ni berjawatan sebagai KM mempunyai pasportuntuk bercakap sesuka hati????KEBAL EK AHLI POLTIK????

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger