Sunday, December 9, 2012

LIM GUAN ENG RAIKAN HARI LAHIR KE-52 TAHUN DENGAN KEK PAHIT



Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-52 tahun pada hari ini, 9 Disember, PAS Pulau Pinang telah menghadiahkan sebiji kek pahit yang bersalut krim putih di bahagian luar manakala di dalamnya berwarna hitam.

Menurut ahli PAS Tanjung, Arif Ibrahim tujuan pemberian kek pahit ini adalah simbolik terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat hanya indah khabar dari rupa. Malah, janji Kerajaan Pulau Pinang yang diketua DAP ternyata indah khabar daripada rupa sehingga banyak janji yang belum ditunaikan.

Terang Afir lagi, mungkin selama ini mereka melihat jawapan Lim Guan Eng berhubung pemerintahan dan pentadbiran DAP Pulau Pinang sangat sukacita, tetapi hakikatnya itu hanyalah tayangan filem sahaja. Sebaliknya rakyat Melayu dan India di Puau Pinang hidup menderita.

DAP dan sekutunya termasuk PAS sendiri dalam pembangkang terlalu ingin mengejar Putrajaya sehinggakan rakyat seolah-olah terabai. Contoh paling dekat ialah rakyat Pulau Pinang sendiri dan juga Selangor. Sepatutnya apabila sudah diberi mandat oleh rakyat, mereka harus melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan dengan baik dan bukannya menunding jari kepada orang lain.

Arif juga mempersoalkan sepanjang mentadbir negeri ini, mana rumah mampu milik untuk rakyat? Lim Guan Eng sering mencanang mereka lebih baik daripada BN tetapi semasa era BN dulu, mereka ada bangunkan projek perumahan rakyat (PPR) sedangkan DAP langsung tiada.

Tambah Arif, biarpun beliau bukan penyokong BN tetapi daripada pengamatan sebagai rakyat, pendekatan yang digunakan BN adalah lebih baik dalam usaha membangunkan negeri ini.

Selain itu, katanya, pelbagai isu yang timbul gagal dijelaskan oleh Lim Guan Eng seperti Taman Manggis, Bayan Baru, rumah mampu milik, akidah generasi muda terutama orang Islam, kualiti hidup rakyat dan peluang pekerjaan.

Sepatutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, Lim Guan Eng menyelesaikan isu-isu berkenaan dan bukan sering mengelak seperti mana yang lazim dilakukan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng juga dilihat terlalu keras hati dan sukar untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan yang pernah dilakukan.

Dalam isu ini, Lim Guan Eng dilihat terlalu sombong kepada rakyat Pulau Pinang seperti mana sombongnya terhadap pemimpin BN.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger