Thursday, December 6, 2012

MUSA HASSAN: PEMBANGKANG DI MALAYSIA TIDAK BERKUALITI



Sebagai negara demokrasi, Malaysia memerlukan pembangkang dan ia hendaklah berkualiti. Sebaliknya, pembangkang di Malaysia pada hari ini tidak berkualiti dengan misi dan visi mereka hanya untuk menjatuhkan pemimpin politik atau dendam peribadi tanpa memperdulikan kebajikan rakyat dan membangunkan negara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang bersara sebagai Ketua Polis Negara dua tahun lalu berkata,  pembangkang dapat mengelak kerajaan daripada "bermaharajalela", dengan menggunakan kuasa ke atas rakyat secara sewenang-wenangnya.

"Sesebuah negara demokrasi perlu ada pembangkang, tapi perlu ada kualiti untuk menentukan apa yang perlu dibantahnya.

"Kalau tak ada pembangkang, pemerintah kerajaan akan bermaharaja lela dalam menggunakan kuasa.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan Kerajaan BN pada hari ini benar-benar mewakili rakyat dan membawa negara ke arah kesejahteraan rakyat.

Menurut Musa, pembangkang tidak perlu turun ke "jalan raya" untuk menunjukkan bantahan terhadap kerajaan. Jika benar pembangkang mengatakan diri mereka kuat dan yakin memenangi pilihan raya, mereka tidak perlu mengadakan demontrasi, pehimpunan, himpunan dan segala macam perbuatan yang ke arah politik samseng.

Mengulas lanjut, Musa juga berkata, pembangkang tidak perlu turun

Menjawab pertanyaan yang berkisar peranan polis terhadap politik samseng, beliau berkata, pembangkang juga perlu mengubah persepsi terhadap anggota polis yang mengatakan badan berkanun ini tidak adil dan memihak kepada kerajaan BN.

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan secara adil jika timbul masalah terhadap kedua-dua parti politik.

"Oleh kerana pembangkang ramai-ramai turun ke jalan itu tidak betul, sepatutnya anggap polis anggap sebagai kawan bukan anggap musuh dan berpihak kepada kerajaan sahaja.

"Kedua-dua pihak kita siasat kalau terlibat masalah, bukan kita propaganda tetapi kalau masalah ini tidak kawal, akan jadi masalah contohnya seperti 13 Mei.

"Semua kena bersama-sama untuk perbetulkan kedaan," katanya.

1 komen:

  1. Tepat apa yang dikata Tuan. Ke-Pembangkang-an perlu dikaji dengan teliti dan diberi garis panduan aturcara tindakan yang boleh membina negara. Bukan Pembangkang bererti membangkang apa saja yang dikata, disyor atau dibuat oleh pihak Kerajaan sehingga sanggup berbohong, memfitnah dan berkonspirasi. Tidak langsong mencerminkan wajah Islam (Negara Islam). Kita sepatutnya mengkaji dan mengambil contoh dari pemerintahan Medinah di Zaman Nabi (saw). Peranan & fungsi Pembangkang patut diubah suai untuk selari dengan pembangunan dan keamanan Negara. Allahuwaklam

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger