Friday, December 28, 2012

NGA KOR MING PENGECUT ADUN V. SIVAKUMAR PULA KAMBING HITAM


Disebalik wajah lembutnya, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sebenarnya pengecut dan pemalu terhadap Exco Perak, Datuk Hamidah Osman. Mana tidaknya, ADUN Sungai Rapat itu sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung ugutan Nga Kor Ming apabila mendedahkan rahsia yang melibatkan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham yang memiliki tanah di Gua Musang.

Sepatutnya Nga Kor Ming jadi ‘anak jantan’ bukannya pengecut. Dalam laporan polis balasnya terhadap Hamidah, ADUN Tronoh, V. Sivakumar telah membuat laporan polis sebagai mewakili Nga Kor Ming. Ini sangat-sangat mendukacitakan dan bersifat pengecut.

Berani buat, barulah anak jantan!!!

Kenapa tidak Nga Kor Ming sendiri yang membuat laporan polis terhadap Datuk Hamidah seperti mana yang diketahui dalam laporan polis berkenaan bahawa Nga Kor Ming telah membuat ugutan terhadap Hamidah semasa minum petang di DUN Perak. Hamidah mempertahankan haknya untuk membuat laporan polis sebagai kebenaran dan memastikan keselamatan diri dan keluarganya apabila ‘berjaya’ dalam mendedahkan rahsia besar pemimpin DAP Perak itu.

Dalam laporan polis yang dibuat Hamidah, Kor Ming telah mendekatinya di dewan makan sempena berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khamis lalu dan berkata: “I will go after you.” (Kamu dedahkan, jaga-jaga. Saya akan cari kamu).

Disebalik ugutan itu, Hamidah menjawab: “What if I don’t revealed, you don’t go after me?”

Lebih memalukan, ADUN Tronoh V. Sivakumar telah dijadikan ‘kambing hitam’ oleh Nga kor Ming demi menutup malunya terhadap seorang ADUN wanita. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger