Tuesday, December 4, 2012

NIK AZIZ IRI HATI TERHADAP JASA UMNO DAN BN



Sama seperti Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat terasa pedas mendengar ucapan daripada perwakilan UMNO dan Presiden UMNO berhubung ucapan yang dikatakan menyerang kredibiliti pemimpin Pakatan Pembangkang.

Jika Anwar Ibrahim marah dirinya dipanggil ‘si Kutil’, Nik Aziz pula marah Najib Razak tidak mengiktiraf jasa dan sumbangan PAS terhadap rakyat Malaysia. Sebaliknya, tegas Nik Aziz, UMNO "perlu bersikap terbuka" kerana PAS yang memerintah Kelantan dan beberapa negeri lain sekarang dan sebelum ini juga ada jasa kepada rakyat dan negara.

Najib Razak dalam ucapan semasa penggulungan mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini khususnya dalam pembangunan negara dan kerohanian. Soal Nik Aziz, apakah UMNO sahaja yang berjasa?... semacam UMNO sahaja yang berjasa!

Menurut Nik Aziz lagi, PAS di Kelantan pun banyak jasa. Jasa kepada keruntuhan akhlak di kalangan belia dan rakyat Kelantan terhadap masalah sosial, kekurangan peluang pekerjaan di Kelantan, pembangunan lembap dari Kerajaan Negeri Kelantan dan segala macam teruknya Kelantan.

Nik Aziz juga mengutuk perwakilan UMNO yang berucap penuh dengan maki-hamun yang 'sikit habuk' rakyat tak leh nak tumpang... kerana ucapan menimbulkan permusuhan, kebencian dan mengguris perasaan kaum lain.

Tapi, Nik Aziz tidak pula mengulas mahupun membandingkan perbuatan adiknya Nik Razi Nik Mat yang membacakan doa kehancuran kepada pemimpin UMNO dan BN.

Inilah dia PAS, yang hipokrit dengan sikap sendiri sebaliknya mamandang serong perbuatan orang lain yang baik menurut pandangan orang ramai. Nik Aziz ni wajar cermin muka sendiri dahulu. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger