Thursday, December 13, 2012

PAKATAN PEMBANGKANG AKUI RAMAI AHLI YANG SABOTAJ PARTI



Sebelum ini, UMNO dan BN telah berbicara pasal ada ahli-ahli yang sabotaj parti menjelang PRU-13. Seperti biasa gejala ini memudaratkan masa depan parti dalam menghadapi pilihan raya.

Di pihak Pakatan Pembangkang, gejala ini juga menghantui mereka setelah apa yang dilalui selepas PRU 2008 yang mengakibatkan Pakatan Pembangkang kehilangan Perak biarpun hanya memerintah selama 6 bulan sahaja.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak gejala sabotaj turut membelenggu parti yang masih baru itu dalam menghadapi PRU-13, yang dianggap paling genting dalam sejarah.

Untuk mengatasinya, PKR telah pun mempersiapkan parti dan mengambil langkah proaktif bagi menangani implikasi perbuatan tersebut.

PKR menjalankan kaedah merekrut sukarelawan sejak tahun 2010 lagi. Sukarelawan ini bukan pemegang jawatan dalam parti tetapi mereka ahli biasa dan keutamaan mereka ialah memenangkan calon parti.

Manakala, bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak pernah khuatir dengan gejala sabotaj kerana ahli-ahlinya sudah diterapkan dengan nilai-nilai wala' (kesetiaan) terhadap parti.

Meskipun ada yang tidak berpuas hati terhadap calon yang dipilih untuk mewakili sesuatu kawasan, namun ia tidaklah sampai ke tahap mahu mensabotaj parti.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran berkata, dalam persiapan menghadapi PRU-13, beliau tidak nampak ada ahli DAP yang akan bertindak sabotaj terhadap parti.

Ini kerana sudah ada ruang untuk semua ahli memainkan peranan. Bahkan kita juga mengambil ahli-ahli baru dan memberi sokongan dan bimbingan terhadap mereka. 

Malah menurut beliau, isu sabotaj ini sengaja dimainkan oleh UMNO-BN untuk mempersiapkan jawapan apabila mereka gagal mencapai misi mereka pada pilihan raya.

2 komen:

  1. As Salam Dan Salam 1Malaysia Bro.

    Mohon sangat2 di linkkan blog saya ini ye:

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Artikel terbaru saya:

    http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/bukti2-pr-pembohong-isu-300k-india.html?m=0

    Semoga persahabatan bertaut dan menjadi pemangkin muhibbah antara kita. Cheewahhh. Hehehehe

    Tq bro. Sempoi blog bro..

    ReplyDelete
  2. PERHATIKAN:
    1) PKR parti dominan Melayu - mengkhuatiri sabotaj dalaman parti
    2) PAS berkata mungkin ada; tetapi, tidak sampai ke tahap sabotaj mematikan
    3) DAP parti dominan Cina - no problem

    Kerjasama di antara kaum Cina amat tinggi. Kenapa?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger