Thursday, December 6, 2012

PAS GOMBAK TOLAK POLITIK SAMSENG TAPI ...



Tolak politik samseng konon, hakikatnya penyokong PAS yang paling ekstrem dalam mempromosikan politik samseng. Ini diikuti penyokong PKR yang dapat dilihat dalam insiden berdarah di Gombak. Manakala, penyokong DAP mengamalkan politik melaga-lagakan kaum dengan memperalatkan penyokong PKR dan PAS untuk menentang penyokong UMNO yang terdiri daripada kaum Melayu.

Strategi politik DAP yang diamalkan ini sama seperti idealogi komunis yang sehingga kini masih dipraktikan dalam menghancurkan perpaduan politik orang Melayu. Namun, di pihak PKR dan PAS itu semua tidak penting sebaliknya yang penting menuju dan menawan Putrajaya, yang suatu ketika pernah dikatakan mahu dijualnya jika berjaya menawan PRU 2008.

PAS tolak politik budaya samseng. Itulah yang disuarakan Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim dengan merujuk kepada pergaduhan di Gombak dua hari yang lepas.

Mungkin ada kebenarannya kerana penyokong PAS Gombak tidak terlibat dalam insiden berdarah itu sebaliknya hanya melibatkan penyokong PKR sahaja. Jika ada sekalipun penyokong PAS, ianya bukan daripada Gombak tetapi dari luar Gombak.

Sebelum dan semasa ceramah berlangsung, Unit Amal Pas Gombak dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak berusaha bagi memastikan ceramah berlangsung dengan aman dan lancar.

Namun, tidak dinafikan penyokong PAS dan PKR yang aggresif dengan didatangkan khas telah melakukan tindakan melampau. Ini di luar kawalan PAS Gombak. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger