Saturday, December 29, 2012

PENYOKONG PAS PENANG BANTAH LIM GUAN ENG PEMIMPIN ISLAM PAS DAN PKR BERDIAM DIRI



Sudah keterlaluan. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mana dalam perutusan Hari Krismas mendesak kerajaan supaya melulukan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Malaysia di Semenanjung Malaysia. Kebiadapan Lim Guan Eng ini bukan sahaja membuatkan ahli-ahli BN terutama UMNO yang membantah bahkan ahli-ahli PAS Pulau Pinang juga marah dan mengadakan himpunan aman bagi menyatakan kemarahan mereka.

Lebih 100 ahli PAS Pulau Pinang berhimpun sambil mempamerkan sepanduk yang mengutuk tindakan Lim Guan Eng yang dianggap keterlaluan.

Selain ahli-ahli PAS, ahli-ahli Persatuan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) juga berhimpun bagi menyatakan bantahan bersama dengan ahli-ahli PAS. Perhimpunan ini diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister di sini sebelum berarak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, kira-kira 500 meter dari situ.

Bagaimanapun, tindakan mendiamkan diri pemimpin PAS dan PKR Pulau Pinang dalam isu ini sangat mendukacitakan seolah-olah mereka ini takut kepada tokong Lim Guan Eng.

Ramai berpendapat tindakan Lim Guan Eng ini sebagai suatu muslihat untuk mengkristian umat Islam dengan melancarkan perang psikologi yang mengelirukan. Ini satu lagi usaha untuk mewujudkan negara Kristian seperti yang pernah dilakukan DAP di Pulau Pinang sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Negeri Sarawak.

1 komen:

  1. manampakkan pr kembali ke-zaman kegelapan(Dark Ages).

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger