Monday, December 17, 2012

PERLANTIKAN ZAIRIL KHIR DAN DR. ARIFFIN S.M. OMAR HANYA SANDIWARA DAP



Akibat ketiadaan seorangpun wakil Melayu dalam CEC DAP yang diadakan Sabtu lepas, DAP semalam dalam sidang akhbarnya terus mengumumkan perlantikan 2 wakil Melayu ke dalam Jawankuasa Kerja Pusat DAP 2012-2015 bagi menutup mulut pengkritik yang mengatakan DAP kini mengamalkan budaya politik rasis.

DAP sebelum ini dengan tegas mengatakan parti itu sebagai parti berbilang kaum. Tidak cukup dengan itu, DAP sentiasa berpandangan baik dalam hubungannya dengan PAS walaupun berbeza idealogi dan beberapa perbuatan PAS merimaskan prinsip DAP seperti yang berlaku di kedai salon di Kelantan.

Perlantikan Zairil Johari dan Dr. Ariffin S.M. Omar ke dalam CEC DAP 2012-2015 hanya dilihat sebagai satu simbolik. Hakikatnya perlatikan itu tidak mendapat sambutan daripada perwakilan yang telah mengundi sebelum ini dengan tidak memilih kedua-dua wakil Melayu itu termasuk 6 yang lain.

Alasan melantik mereka berdua ini disebabkan kebolehan dan pengalaman mereka hanyalah sandiwara sahaja. Hakikatnya, kedua-dua perwakilan Melayu dalam Dap telah ditolak Cina DAP seperti mana yang keputusan CEC Sabtu lepas.

Taktikal yang digunakan Lim Guan Eng ini sama seperti yang pernah dilakukan komunis di Tanah Melayu ketika itu. Tetapi, kini telah cuba dipraktikan dalam politik DAP terhadap orang Melayu. Ini terpulang kepada Melayu dalam DAP sama ada sedar atau tidak terhadap apa yang telah dilakukan DAP ke atas Melayu di Malaysia pada hari ini. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger