Monday, December 17, 2012

POLITIK WANG PUNCA CALON DAP MELAYU KALAH DALAM CEC



Sehari sebelum pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, seorang perwakilan DAP telah mencadangkan agar setiap anggota parti diberi peluang untuk membuat pilihan terus bagi memilih kesemua jawatan kepimpinan parti termasuk Pengerusi dan Setiausaha Agung DAP.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim menyatakan ini penting untuk mengelak berlakunya unsur politik wang dalam pemilihan 20 anggota CEC.

Selain kuasa yang ada pada Lim Guan Eng selaku Setiausaha DAP, pertambahan jumlah keanggotaan DAP yang semakin meningkat juga antara faktor politik wang berkemungkinan berlegar dalam perwakilan DAP.

Di samping itu, DAP Pusat digesa juga memikirkan juga pada masa akan datang untuk meminda perlembagaan parti supaya pemilihan seperti jawatan Setiausaha Agung dan Pengerusi dibuat terus oleh anggota parti.

Ditanya sama ada politik wang berlaku di dalam parti DAP ketika ini, beliau berkata: "Ada... setakat ini bibit-bibit ada".

DAP kini mengamalkan sistem pemilihan seramai 20 anggota CEC yang kemudian akan berbincang dan melantik individu dalam kalangan anggota jawatankuasa berkenaan bagi mengisi jawatan penting seperti Setiausaha Agung dan Pengerusi.

Inilah demokratiknya DAP dalam memilih senarai mereka yang memegang tampuk kuasa. Jika ini terus berlaku, nescaya Lim Guan Eng akan terus memegang jawatan Setiausaha DAP seumur hidup seperti mana yang disandang bapanya sebagai Penasihat DAP yang juga sebelum ini memegang jawatan Setiausaha DAP. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger