Wednesday, December 19, 2012

RAFIZI RAMLI BALAS DENDAM DENGAN MENGAMUK DI KUCHING



Sabtu lepas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah datang ke Kuching bagi menyampaikan ceramah Demi Rakyat bertempat di Kampung Patingan Kuching. Mengulas tempat berceramah, rumah ini telah menjadi tumpuan PKR Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lepas. Di situ juga, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah serta beberapa pemimpin PKR Pusat berceramah dan menyemai fitnah kepada rakyat Kuching.

Kehadiran Rafizi Ramli di Sarawak atas jemputan PKR Sarawak yang selama ini senyap sahaja akibat ketiadaan penceramah daripada PKR Pusat. Terdahulu sebelum kedatangan Rafizi Ramli, rakan karibnya Che’gu Bard, calon PKR di Jelebu telah menyampaikan ceramah di dua tempat berasingan, Kampung Sindang, Samarahan dan Demak Laut, Kuching.

Amat mendukacitakan apabila kehadiran penduduk dalam kedua-dua majlis itu tidak mendapat sambutan. Ini memberikan gambaran bahawa kehadiran penceramah PKR dari Semenanjung kini sudah tidak mendapat sambutan berbanding sebelumnya.


Rafizi dalam ucapan pembukaannya, menyifatkan rakyat Sarawak ‘pencuri’. Mana tidaknya, Rafizi menyatakan beliau tidak asing lagi datang ke Sarawak termasuk semasa PRN Sarawak Ke-10, April tahun lepas, tetapi malangnya semua barangan keperluannya hilang seperti jam tangan dan kasut. Walaupun begitu, hadirin yang hadir seolah-olah terpaku dengan gaya penyampaian Rafizi sehingga tidak sedar bahawa beliau memperlekehkan rakyat Sarawak.

Terdahulu, hadirin yang hadir telah diracuni dengan fitnah oleh pemimpin-pemimpin PKR Sarawak dan AMK Sarawak yang mengambil peluang sebelum kehadiran Rafizi. Malangnya, penceramah-penceramah PKR dan AMK Sarawak yang tampil ke hadapan berceramah tidak menepati kehendak dan kebolehan sebagai penceramah. Lebih banyak fitnah yang disampaikan tanpa bukti dan cakap pun tidak merujuk kepada fakta. Inilah agaknya menyebabkan bila pemimpin PKR dan AMK Sarawak mengadakan ceramah, jumlah mereka yang datang sangat mengecewakan.

Rafizi tidak terlepas dalam memperkatakan tentang suasana politik di Semenanjung kepada rakyat Sarawak terutama yang membabitkan negeri-negeri jajahan Pakatan Pembangkang. Dengan mengangkat Selangor sebagai model, rakyat Sarawak diasak dengan pelbagai cerita menarik termasuklah janji-janji PRU 2008 yang sehigga kini gagal dilaksanakan Pakatan Pembangkang sepenuhnya. Lihat saja bagaimana isu air percuma yang dijanjikan Pakatan Pembangkang sehingga menyebabkan rakyat Selangor tampil ke hadapan untuk menyaman Kerajaan Negeri Selangor. Begitu juga dengan Ibu Tunggal di Selangor yang dijanjikan pelbagai insentif seperti mana yang terkandung dalam manifesto PRU 2008 yang gagal dilaksanakan biarpun penggal pemerintahan akan tamat menjelang bulan April 2013 nanti.

Dengan harapan apa yang diperkatakan semuanya akan difahami dan dipercayai rakyat Sarawak. Dengan megah Rafizi menjelaskan di Selangor kini tiada lagi sebarang isu yang boleh menggugat Kerajaan Pakatan Pembangkang. Sambil menunding jari kepada TV3 dan Utusan Malaysia yang dianggap sengaja mengada-adakan cerita dan berita.

Apapun yang diungkapkan Rafizi dalam ceramahnya itu hanyalah mahukan rakyat Sarawak mempercayai Pakatan Pembangkang sahaja dan tidak lebih daripada itu. Dengan mempercayainya, maka hasrat PKR dan Pakatan Pembangkang untuk menipu rakyat Sarawak akan berjaya. 

1 komen:

  1. SUDAH LA MAT JAMBU
    KO BELAJAR DULU PUN SAPA YANG BG DUIT
    KO BEKERJA DULU PUN COMPANY MANA...KERAJAAN KAN HINGGA KO KENA BUANG
    KO CARI MAKAN DALAM MALAYSIA PUN HASIL USAHA PEMIMPIN UMNO KAN
    JADI SEBELUM NAK MENGTA ORG LAUIN
    CERMIN DULU DIRI TU....KHAAAAK....PUUUII.....!!!!!!!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger