Friday, December 21, 2012

RAFIZI RAMLI SANGGUP KETEPIKAN SOAL HALAL HARAM SEWAKTU DI MIRI



Selesai mengadakan Ceramah Demi Rakyat di Kuching pada 15 Disember (Sabtu) lepas, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berlepas ke Miri bagi meneruskan Ceramah Fitnah kepada orang-orang Miri khususnya di kawasan majoriti Cina. Ketibaan Rafizi di Miri disambut Pengerusi PKR Miri, Dr. Michael Teo Yu Kheng yang juga calon PKR di Parlimen Miri dan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang yang berpangkalan di Miri.


Dalam lawatannya di Miri, Rafizi telah mengadakan ‘walkabout’ di Persiaran Kabor, Miri yang ditemani Michael Teo dan ADUN Piasau Alan Ling Sie Kiong. Selepas mengadakan walkabout, Rafizi telah singgah dan minum kopi di Persiaran Kabor.

Menurut twitter @srikandibiru_13, Rafizi telah berhenti rehat dan singgah minum kopi di sebuah kedai di Persiaran Kabor. Ini amat mengejutkan @srikandibiru_13 kerana kawasan itu terkenal dengan makanan dan minuman yang tidak halal yang kebanyakannya dimiliki masyarakat Cina. Kesanggupan Rafizi berehat dan minum di kawasan itu seolah-olah menidakkan konsep halal haram yang dipraktikan Islam dalam soal makan minum.


@srikandibiru_13 dalam twitternya menyatakan “@rafiziramli ...Dan minum kopi di situ. Tak halal, kami tak pernah minum di situ. Sanggup ketepikan agama demi keperluan politik? #Srwkamek”.

Menurut @srikandibiru_13 lagi orang Islam di Miri tidak pernah minum di kawasan itu dan Rafizi merupakan orang Melayu Islam kedua minum di kedai di Persiaran Kabor. Terdahulu, Pengerusi PKR Miri memaklumkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pernah datang dan minum di kawasan itu dan merupakan orang Islam pertama yang minum di kawasan tidak halal.

Semua kawasan kedai kopi di Persiaran Kabor itu tidak halal dan tidak mempunyai sijil halal.

@srikandibiru_13 juga memaklumkan tidak ramai rakyat Miri yang menyambut ketibaan Rafizi Ramli ke Miri. Ini menggambarkan rakyat Miri sah menolak kehadiran Pakatan Pembangkang termasuk PKR.

Demi politik dan mahu mengambil hati masyarakat Cina untuk sokong Pakatan Pembangkang, Rafizi sanggup mengorbankan Islamnya dengan minum dan makan di gerai yang tidak halal. Manakala, bagi kaum Cina Pakatan Pembangkang ini suatu kejayaan bagi mereka untuk memudaratkan orang Melayu Islam untuk melanggari arahan agamanya sendiri.

2 komen:

  1. dia ni mana reti halal haram..mcm tuan dia jg

    ReplyDelete
  2. betul tu, kalau PKR nak perjuangkan islam dah tentu diamasuk pas, tp orang pas pun bodoh juga kerana berkawan dengan DAP dan PKR yang terang2 lawan ISLAM. Yang aku terbaca dalam kitab fekah, kafir yang yg selalu menentang islam (lawan hudud, lawan polisi Pas di kedah, lawan undang2 saloon di kelantan) adalah kafir harbi, haram kita undi dia, jangan kata undi sepatutnya dipenggal leher dia.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger