Thursday, December 27, 2012

SEBUTAN KES SAMAN FITNAH BISEKSUAL ANWAR NALLA DISAMBUNG SEMULA



Hasrat Anwar Ibrahim untuk membatalkan beberapa perenggan dalam kenyataan Datuk S. Nalakaruppan ternyata berjaya dan diluluskan Mahkamah Tinggi menerusi Pesuruhjaya Kehakimanm Vazeer Alam Mydin Meera. Bagaimanapun, tidak semua kenyataan Nalakaruppan berjaya dipadamkan Anwar Ibrahim dengan sebahagian besar ‘ayat yang menyeksakan’ masih dikekalkan.

Anwar Ibarahim telah memfailkan saman fitnah itu pada 26 Mac ekoran petikan ringkas yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk “Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakarupan tuduh Anwar biseksual.

Nalakaruppan dalam penyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang merangkumi wanita dan lelaki bagi membuktikan dakwaannya berhubung perbuatan seksualiti bekas rakan baiknya dalam PKR itu yang juga Ketua Pembangkang.

Antara wanita yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan ini ialah Shamsidar Taharin, Norlaila Abdul majid dan Soma Rodrigo @ Anne.

Manakala, saksi lelaki yang dipanggil membuat kenyataan ialah Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr. Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid. Mereka ini dikatakan mampu untuk membuktikan segala kegiatan Anwar dalam perbicaraan itu nanti.

Begitupun, Anwar dalam kenyataan tuntutannya, selaku plantif menyatakan perkataan fitnah itu antaranya membawa maksud, beliau tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Malaysia, seorang pemimpin muslim yang berkelakuan tidak selari dengan ajaran Islam dan rendah moral.

Perkataan tersebut yang disiarkan dengan niat jahat sehingga menjejaskan reputasi peribadi, politik dan kedudukannya selain terpaksa menanggung malu.

Begitupun, peguam Muhammad Shafee yang mewakili Anwar memberitahu pihaknya tidak akan memanggil individu seperti Shamsidar Taharin seperti yang dikemukakan Nallakarupan. Sebaliknya, tegas Muhammad anak guamnya hanya akan memberikan keterangan berdasarkan apa yang dilihat sahaja.

Kedua-dua pihak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini dan mahkamah akan menetapkan 18 Januari 2013 untuk pengurusan kes itu.

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger