Wednesday, December 12, 2012

SKMM DICABAR SIASAT MALAYSIAKINI HINGGA KE LUBANG CACING



Sebelum ini Malaysiakini secara terang mengakui menerima dana asing menerusi George Soros termasuk juga SUARAM, tetapi tidak ada suatu tindakan susulan. Inilah yang membuatkan rakyat marah kerana sudah jelas bersalah tetapi tiada tindakan yang sewajarnya dikenakan.

Untuk itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dicabar untuk menyiasat kesemua laporan berhubung komen-komen pembaca portal berita propembangkang Malaysiakini yang mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap negara.

Kebanyakan komen yang diberikan sangat mengujakan fitnah dan boleh menyebabkan siapa-siapa yang membacanya berasa benci dan marah serta mengundang pelbagai persepsi yang menghasut.

Ahli Dewan Negara, Mohamad Ezam Mohd. Nor menegaskan sebahagian besar penulis komen-komen tersebut tidak lagi menetap di negara ini dan berselindung di sebalik status sebagai pembaca untuk melampiaskan dendam mereka. Ini boleh dikatakan sebagai pengecut.

Saya ingin bertanya kepada SKMM ke manakah perginya berpuluh-puluh laporan yang dibuat terhadap komen-komen menghina negara yang dipaparkan portal Malaysiakini.

Penulis-penulis komen itu hendak jadi pengundi tetapi mereka tiada tanggungjawab. Saya cabar SKMM untuk siasat Malaysiakini dan saya bersedia membantu.

Begitu juga kegagalan beberapa agensi yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap Malaysiakini yang dilihat begitu ghairah memburuk-burukkan institusi-institusi penting negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ditanya kenapa perkara ini sering berlaku, jawapan sinonim yang diberikan jabatan/ agensi terlibat ialah tiada peruntukan undang-undang atau aduan itu di luar ruang lingkup mereka. Sepatutnya mereka mencari jalan untuk menangani isu ini.

Jika perkara ini terus berlaku maka tidak hairanlah ia akan menjadi racun untuk membunuh karektor pemimpin negara mahupun pembangunan negara yang dikecapi negara. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger