Sunday, December 30, 2012

SUPP BUANG MASA 2 TAHUN DAN MEMALUKAN RAKYAT SARAWAK



Krisis dalaman SUPP sebaik sahaja peninggalan Tan Sri Dr George Chan sebagai Presiden SUPP selepas PRN Sarawak Ke-10 menyaksikan masih belum ada tanda-tanda kesudahan episod hitam itu. Jika diamati, matlamat SUPP untuk membuat transformasi dan mengembalikan sokongan kaum Cina terhadap parti itu kini dikatakan GAGAL.

Pendedahan terbaru mengenai kegagalan SUPP menamakan seseorang untuk dilantik ke jawatan Senator di Parlimen membuktikan sekali lagi parti itu gagal dalam menterjemahkan transformasinya. Ini amat merugikan kaum Cina di Sarawak dan disifatkan sebagai membuang masa bagi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Menjadi amalan tugas senator adalah untuk menyampaikan amanat dan dasar-dasar kerajaan yang telah dicapai kata sepakat untuk keperluan dan pengetahuan rakyat. Selain itu, senator juga telah diperuntukan dengan geran yang diberikan kerajaan bagi membantu rakyat dan NGO’s yang berada di kalangan kaum Cina di Sarawak.

Perkara ini telah didedahkan oleh Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh yang selama ini tidak diketahui ramai pihak terutama ahli-ahli SUPP. Ini sangat memalukan bagi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) biarpun pahit untuk ditelan.

Sehingga kini, SUPP masih belum mempunyai wakil di Dewan Negara sebagai senator selepas bekas Setiausaha Agung, Datuk Sim Kheng Hui yang dilantik sebagai Senator pada bulan Disember 2007 dan tamat perkhidmatan pada Disember 2010, menggantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP, Hii Tiong Kuoh sebagai wakil parti berkenaan di Dewan Negara.

Sebelum ini, akhbar tempatan Sarawak pernah menyiarkan bahawa Setiausaha Agung SUPP, Profesor Dr Sim Kui Hian disyorkan sebagai Senator namun beliau menafikannya. Difahamkan beliau tidak berminat kerana terlalu sibuk untuk mengambil alih jawatan sebagai Senator.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger