Tuesday, December 25, 2012

TAWAR TANAH BALAK KELANTAN NIK AZIZ MAHU KEKALKAN HUBUNGAN DENGAN DAP



Kenapa tidak Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau Karpal Singh? Kenapa Nik Aziz pilih Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming dalam pemberian tanah balak di Kelantan? Apakah disebabkan mereka ini yang kerap berceramah dengan menggunakan ayat dan terjemahan al-Quran, maka mereka menjadi pilihan Nik Aziz?

Justeru itu, Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan tidak wajar berdiam diri dan tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Bukan sahaja rakyat Kelantan yang mahukan penjelasan bahkan rakyat Malaysia perlu mengetahui bagaimana Nik Aziz boleh meluluskan pemberian tanah balak kepada dua pemimpin DAP Perak menerusi syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd.

Apakah Nik Aziz sudah hilang akal dengan tidak mengetahui tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi negatif daripada rakyat Malaysia?

Dalam menyakinkan bahawa syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. Itu melabur di Kelantan, Pengerusi DAP, Ngeh Koo Ham telah menjelaskan secara terperinci mengenai pemilikan ini menerusi emel kepada semua pemimpin CEC DAP.

Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.

1 komen:

  1. ummi hafilda pula dpt balak pakistan hahahahaha

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger