Sunday, January 27, 2013

AKHIRNYA RAFIZI RAMLI MINTA MAAF KEPADA AHMAD ZAHID HAMIDI



Jumaat ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan menghadapi saman daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhan memberikan berita fitnah kepadanya. Dan, bagi menutup kemaluannya, Rafizi Ramli dalam akaun facebooknya telah meminta maaf kepada Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, seperti biasa Rafizi Ramli tidak akan mengiyakan perbuatannya dengan mengatakan akaun facebooknya telah digodam.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salah guna dana Angkatan Tentera Malaysia.

"Saya hormati hak Datuk Zahid untuk menyaman saya. Dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan diri saya di mahkamah dan saya juga tidak akan mengabaikan kepentingan awam," kata beliau lagi.

Laporan media kelmarin menyebut Zahid yang juga Naib Presiden UMNO memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel disiarkan dalam laman blog.

Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Mengikut pernyataan tuntutan, Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom. Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman Internet.

Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan beliau dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain.

Rafizi dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kini berhadapan dengan kes saman fitnah dibawa Ketua Wanita UMNO dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berikutan skandal NFC.

Rafizi juga menghadapi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger