Sunday, January 20, 2013

APAKAH HADI AWANG DAN PAS AKAN TUNDUK MELUTUT DENGAN DESAKAN KARPAL SINGH?



Jika mahu terus bersama Pakatan Pembangkang, Abdul Hadi Awang tiada pilihan kecuali mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Pesiden PAS, Abdul Hadi Awang menghormati keputusan yang telah dibuat bersama pada 8 Januari lalu yang menyaksikan ketiga-tiga parti (PKR, PAS dan DAP) Pakatan Pembangkang itu bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible Bahasa Melayu.

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.

"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini.

Karpal Singh mengulas mengenai ketetapan dan pendirian 15 ahli Majlis Syura PAS yang bermesyuarat dan memutuskan penggunaan Kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja. Majlis Syura PAS telah dipengerusikan Nik Aziz Nik Mat dan turut dihadiri Abdul Hadi Awang.

Alasan PAS menukar pendirian daripada keputusan Mesyuarat Kepimpinan Pakatan Pembangkang bersandarkan kepada kenyataan Nik Aziz sebaik sahaja selesai mesyuarat.

Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Dalam menampakkan ketegasan terhadap isu ini, Mursyidul Am PAS itu mahu semua pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk Karpal Singh, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menghormati keputusan Majlis Syura PAS dan PAS.

Mana-mana pemimpin PAS yang berfahaman liberal yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti Mat Sabu dan Khalid Samad wajar akur tanpa sebarang syarat. Jika tidak setuju, boleh keluar PAS dan masuk PKR sejajar dengan idealogi Anwar Ibrahim yang liberal.

Sementara itu, selain Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Azmin Ali menegaskan pihaknya (PKR) tidak akan bersetuju dengan pendirian Mursyidul Am PAS dan berpegang kepada hasil mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang yang diadakan pada 9 Januari lalu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger