Wednesday, January 16, 2013

KALIMAH ALLAH: NGEH KOO HAM SETUJU DENGAN NIK AZIZ KECAM LIM GUAN ENG



Seperti Nik Aziz, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham juga membuat pusingan ‘U’ apabila bersetuju dengan kenyataan Nik Aziz semalam yang bersetuju Kalimah Allah itu hanya khusus kepada orang Islam sahaja. Apakah tujuan Ngeh Koo Ham bersetuju dengan Nik Aziz dan sekaligus menidakkan cadangan Setiausaha DAP. Lim Guan Eng yang mahu Kalimah Allah digunapakai untuk semua rakyat termasuk yang bukan Islam.

Ngeh Koo Ham bersetuju dengan pandangan Majlis Syura Ulama PAS bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh menyebutnya.

“Saya juga bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud yang lain.

Beliau mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan di dalam kitab mana-mana agama di negara ini.

Menurut Koo Ham lagi, asal perkataan Allah itu sebenarnya diterjemah daripada bahasa Arab bukan bahasa Inggeris seperti di dalam Bible sekarang ini.

Apakah persetujuan ini ada kaitannya dengan isu tanah di Kelantan yang menjadi kemarahan orang Kelantan terhadap Ngeh Koo Ham?

5 komen:

  1. Dia setujulah sebab konsesi tanah balak 4000 ekar dah dapat, semuanya boleh sajalah, tapi apa pula reaksi Lim Guan Eng lepas ini ya? Sama-samalah kita nantikan drama terbaru Pakatan Rakyat ini.

    PRU 13 undilah Barisan Nasional untuk negara yang konsisten dan aman damai serta makmur. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
  2. 'Penganugrahan' tanah Diraja Kelantanlah menyebabkan pemimpin DAP Perak itu berpaling tadah menyokong Nik Aziz...malangnya masih juga orang Melayu bodoh kerana percaya dengan Nik Aziz..ini menginatkan saya dengan tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi dalam bukunya Pelayaran Abdullah keKelantan, dengan melihat sendiri cara-cara penghidupan orang Kelantan selama dia dan Stamford Raffles bearada diKelantan, Abdullah menulis: hei bodohnya orang Melayu!

    ReplyDelete
  3. Ngeh akan boleh balak lagi lah nampak nya!

    dan Nik Aziz akan dapat bala pulak!

    ReplyDelete
  4. Kenapa Kita perlu Pertahankan Kalimah ALLAH???

    Ingatlah kawan-kawan, demi Agama,Bangsa dan Negara tercinta ni, ayuh bangkitlah untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunapakai oleh Kristian. Ye memang ada Ulama yang setuju penggunaannya oleh orang bukan islam tetapi ingatlah dalam konteks negara Malaysia banyak sangat implikasinya jika kita benarkan mereka menggunakannya. Sangupkah anda semua melihat negara ini menjadi sama seperti negara jiran kita disana??? saya pasti anda semua tidak sanggup bukan.. Jangan lihat isu ini sebagai isu politik walhal banyak lagi perkara lain yang perlu kita settlekan. Mamang Allah, Tuhan sekalian makluk di langit dan dibumi, tetapi adakah kaum-kaum kafir itu mempercayai Allah sama seperti kita umat islam? Sanggupkah mereka mengEsakan Allah S.W.T??? jika mereka tidak sanggup kenapa kita sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk mereka gunakan?? Semoga Allah mengampunkan kita..Amin Ya Rabbal-alamin.

    Disini ada satu cerita yang saya ambil dari Mawar Cinta

    Pengalaman Pelajar Kita di Indonesia


    Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

    Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

    Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

    wakakaka..

    Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

    Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

    Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

    Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

    SK - Bagi aku permintaan mereka untuk dibenarkan mengguna kalimah Allah adalah satu permainan/taktik/helah bagi menarik orang-orang Islam di Malaysia supaya menukar agama kepada Kristian. Kalo sebelum ini amat berbeza antara 2 agama ini tapi sekarang makin ada persamaan (Tuhan ko Allah tuhan aku pun Allah cuma beza Nabi Isa dengan Nabi Muhammad je, tuhan sama). Kalo yang iman kuat tu mungkin la tidak terpengaruh, tapi bagi yg da memang jahil tu? Wallahualam...

    ReplyDelete
  5. Hari tu macam nak runtuh langit nakkan jugak Allah diguna non-Muslim dan semua sehati sejiwa kononnya, la ni bila sorang uturn semua pun sehati sejiwa uturn termasuk si komunis ni... pelik2

    So andaian aku, PR mmg takde pegangan yang firm dalam banyak benda, asyik try and error manjang, alih2 kejap tukar kejar tukar. Kalau pegang putrajaya mmg jahanamlah malaysia

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger