Monday, January 14, 2013

#KL112 DERMA SUATU KEWAJIPAN BAGI PAKATAN PEMBANGKANG



Sudahlah dipaksa pergi ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka dengan ugutan dan dipaksa pula untuk menderma kepada kakitangan Pakatan Pembangkang bagi membiayai ‘perjuangan’ politik Pakatan Pembangkang. Ternyata itu bukan Himpunan Kebangkitan Rakyat seperti yang diperjuangkan Pakatan Pembangkang sebaliknya untuk perjuangan peribadi pemimpin ‘Pakatan Pembangkang’.

Jika benar pemimpin Pakatan Pembangkang benar-benar mahu memperjuangkan kebajikan rakyat, mereka seharusnya tidak perlu memaksa mahupun mengadakan kutipan derma kepada peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat.


Ini bukan kali pertama dan menjadi kewajipan Pakatan Pembangkang untuk mengutip derma setiap kali aktiviti mahupun program anjuran Pakatan Pembangkang.

Jika dahulu Pakatan Pembangkang menggunapakai tong dan tin untuk mengutip duit, tetapi kini Pakatan Pembangkang menggunakan beg plastik. Ini bertujuan memudahkan pergerakan dan mendapat banyak wang.

Jika tabung ini membezakan perjuangan Pakatan Pembankang, bagaimanakah dengan Tabung Memali yang dahulunya dilaksanakan oleh PAS? Sehingga kini, tiada maklumat mahupun berita mengenai ke mana tujunya wang Tabung Memali.

Persoalan kini, siapakah yang berkuasa untuk memegang keseluruhan wang hasil kutipan tersebut? PKR, PAS atau DAP?


Difahamkan juga hasil wang kutipan itu tidak diberitahu ke manakah perginya wang tersebut?

Semasa Himpunan Shamsidar atau lebih tepat lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat, penganjur dipercayai telah mendapat banyak wang daripada peserta yang hadir dan sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai wang tersebut.

Mat Sabu mungkin boleh menjawab perkara ini?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger