Friday, January 18, 2013

KRISIS AIR DI SELANGOR: SYABAS BIDAS KERAJAAN NEGERI SELANGOR PEMBOHONG!!!



Walaupun sudah 2 minggu krisis air berlaku di Selangor, namun Kerajaan Selangor tiada usaha untuk mengatasinya sebaliknya setiap hari menunding jari kepada Kerajaan Pusat BN sebagai punca krisis air ini. Krisis air yang berlaku di Selangor ini telah menyebabkan kira-kira 500,000 penduduk mengalami gangguan dan mencetuskan permasalahan kehidupan seharian.

Susulan daripada krisis air itu juga, Menteri Besar Selangor telah membuat pelbagai kenyataan yang tidak berasas sehingga membuatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menjawab dakwaan Khalid Ibrahim itu.

Menurut Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal SYABAS, Ir. V. Subramaniam, kenyataan Khalid Ibrahim berkaitan krisis air sekarang telah mengelirukan rakyat. Untuk itu, SYABAS terpaksa menjawab tuduhan itu supaya rakyat mengetahui keadaan sebenar khususnya peranan Kerajaan Selangor yang telah melepaskan tanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat.

Dakwaan Khalid Ibrahim: SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju, Kuala Lumpur secara berkala.

Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar. Penyelenggaraan dibuat secara berkala setiap bulan malah jadual pelaksanaan dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Dakwaan Khalid Ibrahim: Insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang boleh menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran dan suhu.

Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar. Sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, dan justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD.

Dakwaan Khalid Ibrahim: SYABAS gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam terlibat.

Jawapan Ir. V. Subramaniam: SYABAS mempunyai bukti terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti yang dilakukan di rumah pam itu termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Dakwaan Khalid Ibrahim: Sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam yang beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar. SYABAS mempunyai rekod bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012.

Dakwaan Khalid Ibrahim: Beliau pernah menegur SYABAS lebih awal namun tindakan tidak dibuat.

Jawapan Ir. V. Subramaniam: Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran kepada SYABAS sama ada bertulis atau lisan.

Dakwaan Khalid Ibrahim: Permohonan SYABAS membangunkan pengepaman tambahan baharu di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong Kerajaan Selangor pada awal tahun ini.

Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar, kerana cadangan pembangunan sistem itu telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada awal tahun Jun 2009 diikuti cadangan sama di majukan Pejabat Menteri Besar Selangor pada bulan Jun 2010 namun tidak ada respons.

Dakwaan Khalid Ibrahim: SYABAS beri alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam kerana tarif air tidak naik.

Jawapan Ir. V. Subramaniam: SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang ia tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Abdul Khalid hanya mereka-reka cerita.

Dakwaan Khalid Ibrahim: Xavier dan Janice mendakwa krisis air merupakan tindakan sabotaj dan reka cipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor.

Jawapan Ir. V. Subramaniam: Tidak benar. Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerajaan Negeri Selangor sudahpun dimaklumkan.


Dakwaan Khalid Ibrahim: Zuraidah Kamaruddin mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang dalam aspek penyelenggaraan, sistem naik taraf, pemantauan berkala, sistem sokongan yang lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

Jawapan Ir. V. Subramaniam: SYABAS mahu melaksanakannya tetapi dibekukan oleh SPAN atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak bulan Julai 2008 (selepas PRU 2008) kecuali kes-kes kritikal. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger