Thursday, January 3, 2013

LIM GUAN ENG – KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN DALAM BIBLE DALAM VERSI LAIN JUGA?



Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam amanat sempena Hari Krismas 2012 yang mahu Kerajaan ‘meluluskan’ penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu telah memakan dirinya. Manakan tidak, selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyampaikan amanatnya itu, Lim Guan Eng terus menghilangkan diri dan dipercayai telah terbang bercuti ke luar negara bagi mengelak sebarang persoalan ditujukan kepadanya.

Dalam pada itu, cadangan Lim Guan Eng dalam penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dikatakan ada agenda tersirat dan tersembunyi. Kenapakah hanya dalam Bible Berbahasa Melayu dan tidak juga dalam Bible Bahasa Tamil dan Mandarin?

Keterangan dan penjelasan lanjut berkenaan persoalan itu wajar dijawab Lim Guan Eng yang mencetuskan polemik terbaru poltik Malaysia dengan mengaitkan isu agama dalam politik Pakatan Pembangkang.

Bagi bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Lim Guan Eng perlu memberikan penjelasan bagi mengetahui niat sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung tuntutan yang dilakukan. Ini seolah-olah mempunyai agenda yang tidak baik dan mengelirukan orang Melayu sendiri.

Menurut Nasharuddin, kalau tidak guna kepada kedua-dua Bible versi itu, mengapa Lim Guan Eng sibuk sangat nak gunakannya dalam Bible versi Bahasa Melayu? Adakah beliau ada agenda tertentu?

Bagi PAS seperti mana yang dinyatakan dengan tegas oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib bahawa kalimah Allah khusus untuk agama Islam dan umat Islam sahaja. Agama lain khususnya agama Kristian tidak berhak sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi digunapakai dalam Bible versi Bahasa Melayu.

2 komen:

  1. anjing dap kuat menyalak

    ReplyDelete
  2. dia bukan anjing tapi setan terkutuk yg direjam.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger