Wednesday, January 23, 2013

MUSUH POLITIK SEBENAR BN SARAWAK IALAH BN SARAWAK SENDIRI?



Ketika BN bersiap sedia menghadapi musuh politiknya seperti DAP, PKR dan PAS juga SWP di Sarawak dalam menghadapi PRU-13, BN Sarawak tidak terlepas isu dalaman yang cuba menangguk di air keruh dengan cubaan melaga-lagakan pemimpin tertinggi BN Sarawak. Persoalan di sini, siapakah ‘dalang’ di sebalik tangan-tangan ghaib yang cuba memporakperadakan pemimpin tertinggi BN Sarawak?

Berdasarkan sumber yang dipercayai ini semua ada kaitannya dengan orang dalam yang merasakan tidak puas hati dengan permintaannya selama yang tidak dipenuhi pemimpin tertinggi BN. Atas sebab itu, pelbagai cerita direkacipta dan pelbagai isu cuba diadakan bagi menampakkan gelombang isu. Melalui cara ini, pemimpin BN akan memenuhi segala permintaan mereka dengan tujuan mempertahankan isu yang dibangkitkan media sosial milik pembangkang.

Bagi tidak menampakkan blognya menjadi perhatian atas sebaran isu ini, blog Sarawak Report yang sebelum ini yang cenderung pro-pembangkang telah ‘plagiatkan’ artikel di blog pro-BN ini dan diadaptasikan menerusi persepsi mereka. Atas sebab itu muncul isu yang mengatakan pemimpin kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan cuba mengatur strategi untuk menjatuhkan kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pergolakan isu ini ada kaitannya dengan blogger pro-BN yang sebelum ini menurut sejarahnya sangat cenderung ke arah pembangkang. Banyak tulisannya pada tahun 2007 dan 2008 memperlihatkan kecenderungannya mengkritik pemimpin dan dasar-dasar negeri Sarawak seperti mana yang dibuat pembangkang. Pendek kata kesemua artikel nya mirip pembangkang.


Diselidiki, blogger pro-BN ini pernah menganggotai PKR dan DAP sebelum ‘diterima’ masuk ke dalam BN menerusi salah satu komponen BN Sarawak. Ini ada kaitannya dengan penubuhan sebuah unit media baru di Sarawak yang memerlukan ‘otai’ dan ketika itu sumber dana mereka ditahap maksimum. Dengan berbekalkan ‘habuan’, blogger ini berjaya ‘dibeli’ unit ini dan diserapkan untuk melatih bloggers Sarawak yang baru mengenal blog.

Menggelarkan diri mereka sebagai ‘otai’ blogger, pemilik blog pro-BN ini langsung tidak hormat kepada bloggers Sarawak ini yang mula menampakkan semangat untuk berjuang kerana BN. Namun, sikap blogger pro-BN ini yang bongkak dan sombong membuatkan ramai bloggers Sarawak tidak suka dan menjauhkan diri. Yang ada sekarang ini bersama blogger pro-BN ini hanyalah mereka yang termakan dengan janji-janji manis dan mementingkan ‘wang’ untuk berjuang bukannya kerana agama, bangsa dan tanahair.

Isu terbaru ini bukanlah perkara baru dan ini merupakan sebahagian daripada cetusan isu yang cuba untuk mempopularkan blognya. Cuma kali ini nasibnya bertambah baik apabila hasratnya untuk melaga-lagakan pemimpin tertinggi BN-PBB mencapai objektifnya. Hakikatnya, mutu dan kecenderungan artikelnya lebih kepada memakan diri BN yang selama ini membiayai perjuangannya dan rakan-rakan bloggers lain.

Itulah bloggers keluaran unit media sosial yang hanya bertujuan memporakperandakan keharmonian hubungan pemimpin BN Sarawak.  

1 komen:

  1. Bloggers jahanam ini kebanyakkan di bela oleh sebahagian ahli politik bangkai dalam BN.
    bangkai-bangkai ini dibiarkan mereput dalam BN dan membusuk tanpa sebarang tindakan tegas ke atas mereka.
    Adakah mereka yang sedar hal ini takut pada bangkai2 tersebut atau sebaliknya.
    Membiarkan bloggers jahanam ini ibarat membiarkan BN reput di makan ulat.
    bangkai2 penaja ini wajib di tendang dari BN.
    Barisan bangkai2 ini tidak layak memegang tampuk kuasa.
    Kebodohan kepimpinan BN yang tak dapat menilai bangkai2 ini menjejaskan BN sendiri.
    Kita tahu siapa bloggers jahanam tetapi kenapa kepimpinan membiarkan mereka terus dibiarkan dikuasai bangkai jahanam keparat taik tersebut.
    Kepimpinan harus tegas dan mendengar dari bloggers yang tersohor yang berblog untuk membantu BN.
    Apa yang bloggers ikhlas ini dapat dari BN.
    jangankan sedikit bayaran atau penghargaan,barangkali ucapan terima kasihpun tidak.
    Lihat bloggers jahanam.
    Apa mereka dapat dari bangkai2 BN yang menaja?
    Haramjadah kamu wahai bangkai2 dan bloggers jahanam.
    Kepada bloggers yang ikhlas teruskan perjuangan kamu.
    Hanya Allah yangmembalas perjuagan kamu demi mempertahankan maruah Agama,Bangsa dan Negara.
    Kepada blogggers jahanam dan bangkai2 yang menaja,Allah melihat apa yang kamu buat dan kamu bertangungjawab di hadapan Allah nanti.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger