Sunday, January 27, 2013

NASHARUDIN MAT ISA DIPECAT DARI PAS KERANA GAMBAR INI



Jika dahulu tindakan Nasharudin Mat Isa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Mekah masih boleh dimaafkan, tetapi kini tindakan Nasharudin bersama @NajibRazak di Semenanjung Gaza, Palestin sangat tidak boleh dimaafkan. Ini sudah melampau!!!

Pengerusi Majlis Ulama PAS yang juga merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz tiada cara lain kecuali memecat bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa serta merta. Ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Nik Aziz, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan keputusan itu dibuat kerana kedegilan Nasharudin mengikuti lawatan rombongan Najib Razak di Semenanjung Gaza sekaligus melanggar larangan Nik Aziz.

Bagaimanapun, alasan Nik Aziz dan PAS bahawa Nasharudin Mat Isa dipecat pada mesyuarat 13 Januari lalu dan disebabkan melanggar peraturan yang ditetapkan PAS seperti tidak hadir mesyuarat hanyalah helah sahaja. Jika benar Nasharudin dipecat kerana kesalahan itu, sudah lama Nasharudin Mat Isa kena pecat. Tetapi, kenapa baru sekarang diumumkan sebaik sahaja gambar Nasharudin Mat Isa bersama rombongan Najib Razak mengadakan lawatan di Semenanjung Gaza.

Malah, yang boleh menjadi kontroversi dalam pemecatan Nasharudin Mat Isa ialah tiada seorangpun pemimpin PAS mahupun ahli tertinggi Majlis Syura Ulama PAS menghubungi ataupun memaklumkan tentang pemecatan Nasharudin.

Selebihnya, kita akan tunggu ulasan dan pandangan empunya badan, Nasharudin Mat Isa berhubung pemecatannya dalam Majlis Syura Ulama PAS yang disahkan Setiausaha Nik Aziz.

Perjuangan Nasharudin dalam memperjuangkan Islam masih boleh diteruskan walaupun kini tidak bersama lagi dengan PAS. Pintu UMNO kini terbuka luas dalam membantu Najib Razak memelihara dan mengembang syiar Islam di dunia. 

1 komen:

  1. Dato Hasan JATI, Ust Nasharudin Mat Isa KAFIR...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger