Tuesday, January 15, 2013

NIK AZIZ MENCARUT LAGI DAP PKR MASIH MEMBISU



Selayaknya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat itu berundur dan berehat serta jaga isteri kerana selagi bergiat dalam politik bukan sahaja memecahbelahkan umat Islam malah menggadai Islam itu sendiri. Ini susulan daripada kenyataan terbarunya dalam Majlis Syura Ulama PAS yang menidakkan penggunaan Kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu oleh bukan Islam.

Tidak sampai sebulan, Nik Aziz telah memesongkan kenyataannya hanya kerana mainan politik. Sebelum ini, Nik Aziz yang mewakili PAS dengan tegas menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti mana yang dipersetujui Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Malah, Mat Sabu dan Abdul Hadi Awang juga sependapat dengan Nik Aziz dalam membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.

Dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS, sebulat suara membantah penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam dalam Bible Bahasa Melayu. Itu suara majoriti dan berjaya menidakkan suara Nik Aziz yang dianggap keramat dalam PAS. Ini membuktikan kesepakatan ulama-ulama dalam Majlis Syura PAS yang selama ini dipermainkan DAP dan PKR.

Alasan yang diberikan Nik Aziz bahawa penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam itu sebagi mengarut. Ini sangat berbeza dengan kenyataan Nik Aziz pada Selasa lalu apabila mengatakan beliau bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam kerana ia sebagai langkah memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

Ia juga selari dengan ketetapan yang dibuat oleh majlis pimpinan pakatan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR yang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Inilah mainan Nik Aziz yang sanggup dijadikan alat DAP dan PKR untuk memecahbelahkan Melayu demi kelangsungan politik Pakatan Pembangkang. 

3 komen:

  1. SEBENARNYA ITU BUKAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS. SEBALIKNYA MAJLIS SYURA DAH TAK ADA PILIHAN LAIN SELAIN MEMATUHI FATWA KEBANGSAAN YANG TELAH LAMA MELARANG AGAMA LAIN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH. JANGAN SALAH FAHAM SEOLAH-OLAH MAJLIS SYURA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN ATAU FATWA. SIAPA "ULAMAK POLITIK PAS" NAK KELUARKAN "FATWA". TAKUT NANTI DIKATAKAN MENENTANG FATWA KEBANGSAAN (SEBUAH BADAN PENUH AUTHORITY MENGENAI UKUM SYARA' DI MALAYSIA) NIK AJIS CEPAT-CEPAT BUAT U-TURN (TINGGALKAN HAJI HADI DAN ANUA) TERJUN GAUNG.

    ReplyDelete
  2. Bila pok nik dah u turn tu kira bagusla, dah mula nampak kebenaran. Bertaubatla dan jangan tinggal kan kawan2 yg tersesat, nasihatila mereka supaya sama kembali kejalan yg benar. Ana percaya pok nik dah mula bolih tidur malam.

    ReplyDelete
  3. Kejap boleh kejap x boleh.. hisshh.. kalu dah cakap depan umum takan nak u turn pula.malulah beb

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger