Wednesday, January 30, 2013

NIK AZIZ PECUT KERETA LAJU LARI DARI RAKYAT KELANTAN



Kira-kira 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir mengadakan bantahan secara aman mendesak Kerajaan PAS Kelantan agar tidak menjadi jaguh dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah di kawasan berkenaan.

Rakyat Kelantan sudah muak dengan janji-janji dan kini mahu Kerajaan PAS Kelantan mengotakan janji. Kini, bukan untuk berjanji tetapi menunaikan seperti mana yang diamalkan Kerajaan BN sekarang di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Rakyat Kelantan menjadikan laluan utama di Jalan Utama menghala ke Kesedar Lebir yang menjadi laluan utama Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Majlis Penyampaian Geran Tanah Hak Milik Tapak Rumah kepada 82 peneroka kawasan tersebut.

Melihat demontrasi itu, keadaan menjadi kecoh apabila 2 buah pacuan 4 roda yang mengetuai rombongan Nik Aziz telah bertindak ganas dan menghalang peserta yang mengadakan bantahan yang berkumpul di kawasan itu.

Halangan itu dilakukan bagi menghalang para peserta yang berkumpul untuk mengemukakan bantahan kepada Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. Inilah caranya Menteri Besar Kelantan yang menjaga kebajikan rakyat dengan tidak memperdulikan rintihan dan suara rakyat.

Difahamkan, Nik Aziz yang menaiki kereta Mercedes telah memecut laju sambil rakyat Kelantan yang berhimpun telah dihalang bodyguard Menteri Besar Kelantan.

Ketua Peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Rahman mendakwa, RKT berkenaan telah sekian lama diuruskan oleh Kesedar dengan cukup sempurna dan mengapa tiba-tiba Kerajaan PAS cuba berlagak 'hero' kononnya ingin membela rakyat dengan bertindak demikian.

Dakwanya, sebelum ini seramai 195 peneroka di kawasan berkenaan begitu berterima kasih dengan kesungguhan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan diperlukan sejak kawasan itu dibuka pada tahun 1981.

"Bagaimanapun keharmonian kami selama ini telah diancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah di sini.

"Apa yang saya tahu Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah yang berlaku di sini perlu diselesaikan oleh Kesedar tanpa perlu campur tangan pihak lain.

1 komen:

  1. NIK NAJIS JILAT BONTOT LIM GUANG ENG/KAPAL SING

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger