Thursday, January 17, 2013

PERLANGGARAN PERATURAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT WAJAR DISIASAT



Di ketika Pakatan Pembangkang ‘gembira’ dengan penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang diadakan di Stadium Merdeka Sabtu lalu, penganjurnya, Mat Sabu masih belum dapat tidur lena kerana perlanggaran peraturan yang telah dipersetujui bersama dengan Polis.

Menurut Mat Sabu, polis sehingga kini masih belum memanggil beliau ekoran perlanggaran peraturan penganjur dan Polis.

"Polis belum panggil lagi. Kita sudah katakan akan beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan," ujarnya.

Pada Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Pembangkang itu, secara jelas telah melanggar beberapa peraturan yang telah dipersetujui bersama. Antaranya;

1.            Sebilangan peserta membawa anak kecil serta sepanduk berunsur provokasi.

2.            Peserta di dalam Stadium Merdeka melebihi kapasiti ditetapkan pengurusan stadium itu.

3.            Peserta himpunan juga dikatakan membawa sepanduk atau kain rentang yang berbentuk hasutan.

Secara hakikatnya, Mat Sabu sebagai penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat wajar bertanggungjawab dan jangan menyalahkan peserta yang mengikuti Himpunan Kebangkitan Rakyat. Sebagai pengerusi penganjur Mat Sabu harus memikul tanggungjawab itu dan wajar dikenakan tindakan. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger