Tuesday, January 22, 2013

PKR ‘MERANA’ PAS ‘GEMBIRA’ BN ‘KETAWA’



Selepas PRN Sarawak Ke-10 selesai yang menyaksikan BN Sarawak menang dengan majoriti 2/3, PKR tetap angkuh mempertahankan kekalahannya dengan menyatakan mereka tidak kalah sebaliknya menang. Bagi PKR, menang itu hanya peningkatan undi yang diterima mereka dengan membandingkan keputusan PRU 2008 dan PRN Sarawak Ke-9 pada 2006.

Parlimen Samarahan secara rasminya akan ditandingi PAS apabila Pengerusi PAS Perak, Nizar Jamaluddin mengumumkan Abang Ahmad Kerdee sebagai calon PAS bagi menentang calon BN-PBB. Abang Ahmad Kerdee merupakan Penyelaras PAS bagi Parlimen P.197 Samarahan.

Pengumuman itu secara rasminya juga ‘menyingkirkan’ Arip Ameeran yang juga bekas calon PKR di DUN Asajaya pada PRN Sarawak Ke-10 lepas. Arip Ameeran yang merupakan peguam syariah dilihat sebagai calon disebut-sebut PKR untuk bertanding di Parlimen Samarahan setelah PAS dilihat bakal bertanding di Parlimen Batang Sadong.

DUN Asajaya merupakan sebahagian daripada DUN di bawah Parlimen P.197 Samarahan dan pengumuman calon PAS itu benar-benar mengejutkan ramai pihak. Walau bagaimanapun untuk tidak mengguris perasaan Arip Ameran dan PKR, PAS menjemput Arip Ameran sebagai tetamu kehormat. Manakala, ADUN Bandar Kuching, Wong King Wei hanya dijemput sebagai patung kononnya mereka ini sepakat.


Seperti biasa intipati ucapan pemimpin PAS hanya membawa ubat-ubat dari Semenanjung Malaysia termasuklah Amanat Haji Hadi. Tidak ketinggalan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dikatakan PAS sebagai sangat berjaya dan wajar dicontohi rakyat Sarawak.

Bagi BN-PBB, kini sudah mengetahui siapa lawan mereka di Parlimen Samarahan. Sewajarnya jentera BN-PBB wajar bangun dari tidur kerana mereka harus sedar PAS dan Pakatan Pembangkang tidak akan berdiam diri bahkan telah lama ‘berperanan sebagai YB’.

Harus diingat juga jangan anggap terlalu yakin akan menang PRU-13 di kawasan Parlimen P.197 Samarahan maka jenteranya enak dibuai mimpi. Jentera PAS jangan dipandang enteng memandangkan kini media sosial kini jentera ampuh untuk memecah undi khususnya bagi pengundi muda.

PRU-13 kali ini bukan sahaja menyaksikan BN-PBB melawan PAS, tetapi juga BN-PBB melawan BN-PBB.

1 komen:

  1. I rasa Areep ameran lebih layak. Lebih ada Ummp untuk lawan BN. Dia orang lama dan lebih dikenali penduduk tempatan. Lagi pun dia dah lama buat "contact works" kat situ. Pakatan perlu review balik keputusan ini. Tak patut pakatan letak orang luar kat situ.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger