Tuesday, January 15, 2013

PKR MUKTAMADKAN CALON BERTANDING DI MAS GADING DAN LETAK CALON DI MAJORITI BIDAYUH



Strategi PKR Sarawak untuk menghadapi PRU-13 akan datang ini pusing 360’ darjah apabila cuba meletakkan calon mereka di kebanyakan kawasan Parlimen yang majoriti Bidayuh. Ini kerana pada PRN Sarawak Ke-10, PKR terlalu menumpukan di kawasan majoriti Melayu dan Iban yang membawa kepada kekalahan teruk mereka. Namun, kali ini kawasan majoriti Bidayuh menjadi pilihan.

Ini ditegaskan Naib Presiden PKR, John Tenewi Nuek semasa mengulas sambutan yang memberangsangkan semasa kehadiran Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Mambong, Mas Gading dan Serian. Menurut John, dianggarkan seramai 5,000 kehadiran penduduk hadir ke Program Kebangkitan Rakyat Mambong dan Mas Gading.

Mengulas lebih lanjut, PKR Sarawak bercadang dan berhasrat akan meletakkan calon PKR di ketiga-tiga kawasan majoriti Bidayuh. Selain PKR, DAP juga bercadang untuk meletakkan calon di Parlimen Serian dan Mas Gading.

Tegas John lagi, masyarakat Bidayuh kini mula bangkit untuk memperjuangkan perubahan bagi membina kerajaan yang bersih, telus dan adil. Untuk itu, PKR tidak mempunyai masalah untuk mengemukakan calon Bidayuh untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13.

“Kami telah mengenal pasti tiga calon yang terdiri daripada ahli-ahli profesional dan berpengalaman bagi setiap kerusi di Parlimen Mambong, Mas Gading dan Serian namun secara keseluruhan kami belum lagi memutuskan calon-calon utama bagi bertanding pada pilihan raya nanti.

PKR Sarawak juga tidak menolak calon Willie Mongin bagi kerusi Mambong, seorang profesor serta pensyarah wanita bagi kerusi Parlimen Mas Gading dan Parlimen Serian seorang doktor dan profesor telah dikenal pasti sebagai calon.

Kenyataan John ini telah menutup spekulasi DAP yang mencalonkan Mordi Bimol sebagai calon mereka sebelum ini dalam mana-mana program anjuran DAP mahupun dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha DAP, Chong Chieng Jen.

PKR Sarawak bertegas bahawa mereka akan bertanding di ketiga-tiga kawasan Parlimen walaupun ada ura-ura mengatakan DAP berminat untuk bertanding di kawasan itu. Ketegasan ini sekaligus menutup ruang DAP untuk meletakkan calonnya di Parlimen Mas Gading.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger