Monday, January 7, 2013

PKR RAYU DERMA WANG UNTUK BUAT HIGHWAY TRANSBORNEO



Percaya atau tidak PKR Sarawak berjanji akan membina Highway Transborneo yang bermula dari Tanjong Datu, Sarawak hingga ke Kudat, Sabah hanya mengambil masa selama 4 jam perjalanan sahaja. Itulah janji Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, Nazib Ahmad dalam ucapan aluan di Ceramah Merdeka Rakyat ketika menunggu kehadiran Anwar Ibrahim.

Jika diamati ada dua kemungkinan janji yang ditaburkan PKR Sarawak yang rasanya sukar untuk dilaksanakan apatalah lagi untuk dipercayai.

Pada hari ini, jarak perjalanan Kuching hingga ke Miri mengambil masa selama 14 jam jika menggunakan perkhidmatan bas. Manakala, jika menggunakan kereta atau kenderaan 4x4 mungkin masa perjalanannya dapat dikurangkan. Namun, ini semuanya tertakluk kepada keadaan jalan raya.

Bagi PKR Sarawak, jika berjaya menjadi Kerajaan Pusat, mereka akan laksanakan pembinaan Highway Transborneo ini bagi keperluan rakyat. Ini suatu perkhabaran yang baik buat rakyat Sarawak, tetapi persoalannya sekarang ini adakah PKR Sarawak ‘mampu’ untuk menunaikan janji ini? Sedangkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang berjanji mahu membina lebuh raya bermula dari Kota Bahru hingga ke Kuala Krai akhirnya terpaksa memohon derma daripada individu, orang perseorangan dan syarikat swasta untuk membiayai projek ini.

Ini tidak mustahil akan berlaku di Sarawak dalam projek Highway Transborneo di Sarawak jika Kerajaan Pakatan Pembangkang memerintah. Alamatnya terpaksa rakyat Sarawak yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membina Highway Transborneo itu nanti. Cakap memang senanglah bro!


Satu lagi yang agaknya Nazib Ahmad tidak pernah rasai mungkin dalam perjalanan jarak jauh di Sarawak. Apakah logiknya pada ketika ini jarak perjalanan dari Kuching hingga ke Miri yang mengambil masa selama 14 jam akan dapat disingkatkan masanya sebanyak 3 kali ganda iatu 4 jam sahaja. Bahkan masa 4 jam itu bermula dari Kuching, Sarawak hingga ke Kudat, Sabah yang jaraknya kira-kira lebih 1,000 km.

Agaknya PKR Sarawak ini nak rakyat Sarawak beli kereta ferrari untuk perjalanan yang jaraknya lebih 1,000 km hanya mengambil masa selama 4 jam! Itu mungkin ada kaitannya dengan janji Pakatan Pembangkang jika menang PRU-13, esok juga harga kereta akan turun termasuk kereta ferarri, lambungini dan kereta import.

Apa pun janji Ketua AMK Sarawak itu adalah suatu janji yang sukar dilaksanakan dan hanya untuk mengaburi mata rakyat Sarawak yang berada di Samarahan. Ingat rakyat Samarahan ini bodoh ke tak tahu membaca dan mengira. Nampak sangat Nazib Ahmad ini hendak memperbodohkan rakyat Sarawak. Agak-agaklah sikit jika nak berbohong dengan rakyat Sarawak.  

2 komen:

  1. Hakikatnya dia bukan mengaburi mata rakyat tetapi dia mengaburi matanya sendiri, dia bukan memperbodohkan rakyat tetapi dia memperbodohkan dirinya sendiri....kehkehkeh.

    ReplyDelete
  2. This is absurd. I repeat absurd. I go to kuching from miri almost every month to see my wife.and he say he can cut the chase by 3 times to sabah? Don't be crazy please? Please nazib, are u out of ur mind?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger