Sunday, January 20, 2013

PKR SARAWAK AKHIRNYA MENGALAH PARLIMEN SAMARAHAN MILIK PAS



Ceramah Kebangkitan Rakyat Sarawak di Samarahan pada malam ini akan memperlihat kebanyakan pemimpin PAS dari Semenanjung. Difahamkan juga pemimpin DAP Sarawak juga akan turut serta kononnya bagi menampakkan kesepakatan Pakatan Pembangkang di Sarawak.

Hakikatnya itu semua lakonan Pakatan Pembangkang di Sarawak yang menerima tempias hasil hubungan dingin kepimpinan tertinggi mereka di peringat pusat.

Ceramah Merdeka Rakyat anjuran PKR Cabang Samarahan dan PKR Sarawak di Desa Ilmu lalu yang dihadiri Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin menampakkan ketidaksepakatan Pakatan Pembangkang. Pada malam itu, tiada seorangpun pemimpin PAS atau DAP yang memberikan ceramah mereka kononnya dengar cakap-cakap ahli-ahli PKR bahawa itu kawasan Parlimen yang akan ditandingi PKR.

Pada malam itu, Pengerusi PAS Sarawak, Adam Ahid bersama kepimpinan Pemuda PAS Sarawak, namun mereka hanya disuruh duduk diam-diam dan dengar ceramah Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin. Malah pemimpin tertinggi AMK Sarawak seperti Arip Ameran pun tidak dibenarkan untuk berucap atas sebab-sebab memberi ruang yang panjang kepada kedua-dua pemimpin PKR dari Semenanjung Malaysia itu.

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan dalam Ceramah Merdeka Rakyat itu, PKR Sarawak telah bekerjasama dengan PAS Pusat untuk membawa pemimpin PAS yang mempunyai nama seperti Nizar Jamaluddin dan Dr. Hatta Rosli. Untuk tidak menampakan hanya pemimpin ‘import’ sahaja yang berceramah, pemimpin PAS Sarawak, Abang Ahmad Kerdee juga menyampaikan ceramah serta pemimpin DAP Sarawak, Wong King Wei.

Seperti biasa, sebelum menunggu kehadiran pemimpin-pemimpin utama PAS daripada Semenanjung datang dan menyampaikan ceramah, pemimpin AMK Sarawak seperti Ahmad Nazib, Arip Ameran dan Piee Ling akan menjadi pembuka bicara.

Lihatlah bagaimana standard pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak yang hanya berucap pada permulaan majlis tanpa disaksikan pemimpin PAS Pusat. Agaknya pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak ini ‘malu-malu pusak’.

Dengan kehadiran pemimpin PAS Pusat di Parlimen Samarahan jelaslah bahawa PAS akan bertanding di kawasan itu. PKR pula terpaksa beralah berikutan prestasi PKR yang mengecewakan pada PRN Sarawak Ke-10 lepas biarpun PAS kalah di kesemua kerusi yang ditandinginya. 

1 komen:

  1. bro...cadangan nak molah program sukarelawan cyberteam Sarawak?ada idea?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger